Nuffnang Ads

Tuesday, February 11, 2014

I am sorry. So sorry.

Assalamualaikum WBT,

Kadang-kadangkan ada banyak perkara yang membuatkan saya sendiri terfikir.

"Jikalau saya boleh bercakap dengan seseorang, siapakah yang saya ingin berborak?"

Baiklah, sejujurnya, diri kita tidaklah sesempurna yang kita rasakan, tetapi once kita learned how to accept things and learned how world is moving and learned how people are being people, kita tend to feel something. Yup, sesuatu yang kita sendiri akan rasa.


Berbalik kepada 'siapa' itu tadi, jikalau lah saya boleh bercakap dengan seseorang pada masa lampau, I wish to talk to the old me, I want to let him know what has happened in these 4-5 years. How things were difficult and how things are not going to his plan. Saya nak bagi tahu dia, supaya dia berjalan di jalan yang betul, jangan menyimpang, jalan lurus je. Belok hanya sekali dua supaya dia mengingati apa yang telah berlaku supaya ia menjadi pengajaran kepada dirinya sendiri.

Saya juga akan beritahu dia, jaga tingkah laku dia sebab ia akan mencerminkan apa yang awak ingin paparkan kepada umum. Saya akan beritahu dia, supaya jangan boros, jangan sesuka hati berbelanja, simpan duit, jangan boros. 

Saya juga akan beritahu dia, jangan menyusahkan kawan sendiri, sebab kadang-kadang mulut adalah lebih hebat dari mata pedang. Iya lah, kadang-kadang tak semua orang boleh menerima apa yang kita katakan kan?

Saya juga akan beritahu dia, jaga mulut, jaga tingkahlaku, jaga hati, jaga nafsu. Saya akan beritahu dia, belajar elok-elok, belajar dengan penuh dedikasi supaya tiap semester dapat dean's list, make your parents and family proud. At least you have to try your hardest. Kan?

Saya juga akan beritahu dia, jaga relationships dengan lecturers, setiap lecturers dalam universiti dan fakulti dan jikalau mereka tegur, amiklah teguran tersebut dengan hati yang terbuka. Kalau mereka bergurau dengan awak, awak kena hormat mereka, kalau mereka bercakap benda yang bukan-bukan, redha kan sahaja sebab itu perasaan mereka. Awak kena maafkan mereka sebab mereka adalah insan yang mendidik kamu.

Jikalau saya boleh bercakap dengan seseorang, saya akan bercakap dengan diri saya yang telah lepas, saya akan beritahu dia, cuba menjadi insan yang baik, insan yang diterima oleh orang ramai, jangan sombong, jangan sombong dan jangan sombong. It is not the nicest thing ever, jadi jangan sombong sebab orang sombong akan selalu dipandang serong walaupun hati baik. Sebab orang akan feast their eyes first before eating the cake kan?

Saya juga akan beritahu dia, buat baik dengan setiap rakan-rakan yang ada dalam kelas anda. Jangan downgraded orang lain, sebab kita semua sama, yang membezakan kita hanyalah usaha. Ingat tu?

Kalau lah saya boleh lakukan apa yang saya inginkan diatas, sudah tentu ia tidak menjadi macamtu kan belle?

Assalamualaikum WBT

p/s: Maafkan saya the future Akmal Razlan, saya tak mampu bekalkan apa yang terbaik untuk anda.

2 comments: