Nuffnang Ads

Monday, February 10, 2014

Jangan gaduh-gaduh sebab bola sepak boleh???

Assalamualaikum WBT,


Sekarang ni kan... kemain lagi hal fasal bola diperkatakan di sana sini. Agaknya dorang ni tak malu ke ha? Baik, terbaru, TMJ ada masalah dengan seorang pemain T-Team. Ya Allah, apahal lah? Ni nak main bola ke nak bertinju?

Saya pun cam, kenapa jadi camni? these past years, bola sepak kita, bola sepak Malaysia tak famous langsung, kalau kat stadium tu, berapa kerat je ada, fine. Time tu takde sangat yang kononnya nak amik berat fasal bola Malaysia, sebab hampir kesemua hadap Menyu, Arsenal, Liverpool dan lain-lain. 

Okay fine, kita semua tahu lah kan Kelantan antara pasukan yang mempunyai semangat juang yang tinggi, dalam diri pemain mahupun penyokong, tetapi, sekarang nih, semua negeri mempunyai semangat kenegerian yang melampau-lampu sehinggakan ada yang sanggup menghina asal-usul penyokong negeri lain. Ya Allah, dek kerana bola kita bertelagah? Apa hal? Cuba cakap apa hal? 

Kadang-kadang kesian je tengok, ramai penyokong bola sepak ni dalam kalangan orang Melayu kita yang bersaudara, tetapi bila jadi camni, kesian lak. Kita bertelagah sendiri sebab apa? Sebab kalah bola? Menang bola? 

Iyaa.. semangat kenegerian memang tinggi yang ada dalam setiap penyokong, tapi agak-agak lah, kawal diri sendiri, malu ke orang lain. Okay?

Dah, muhasabah diri kita sendiri okay? Saya tengok surat khabar, baca online websites, berita tv, malu rasanya. huhu..

Assalamualaikum WBT

p/s: Saya minat gak bola, tapi berpada, saya lebih suka badminton.

2 comments:

  1. Betul tu. Terkilan tengok orang kita bergaduh sebab bola sepak.

    ReplyDelete