Nuffnang Ads

Monday, February 17, 2014

Kembali Ke Udara!!!

Assalamualaikum WBT,

Lama sungguh tak udara nihh!! lama sungguh, rindu rasanya... iya la rindu nak menaip dan menari-nari jemari di atas keyboard nih.. hahahha..

Baik, sebaik sahaja saya buka internet, banyak perkara positif yang berlaku, dan yang paling hebat adalah penghijrahan ramai artis kat Malaysia ni, dari 'bogel' kepada berhijab. Syukur alhamdulillah. Baguslah kan? At least, sedikit demi sedikit menjadi perkara kebiasaan, walaupun ia sudah biasa pun sejak dahulu lagi, tapi apa-apa pun, takde negative nak dicakapkan, syukur Alhamdulillah. Semoga ramai yang mengikut perkara yang sungguh indah dan baik ini. Amin.

Then, terbaca lak teguran terbuka seorang memang top chef kat Malaysia dan namanya setaraf dengan Chef-chef dunia yang lain, beliau adalah Chef Wan. Beliau menegur satu rancangan masakan yang dikendalikan oleh seorang chef muda, katanya pengalaman perlu dikutip dahulu sebelum membuat rancangan, menulis buku dan lain-lain. Well, ada betulnya, dan yang paling hebat, set yang digunakan oleh chef muda tersebut memang hauk weh!!! pelamin belakangnya, pergh, mencocok mata sangat!! kalau berlatar belakangkan pokok-pokok pun dah cantik, ini tidak. Pergh! sangat! Tapi mintak-mintak lah chef muda tu tidak mudah melenting, tetapi ambil teguran terbuka tersebut dengan hati yang terbuka, bukan senang nak kena tegur dengan Top Chef wehh.. at least ada yang tegur daripada yang nampak awak hanyut tetapi hanya sekadar melihat, at least Top Chef ni bagi awak kayu supaya awak bertaut kan? Tak gitu?

Okay lah, saya baru balik ni dari Selayang, duduk-duduk rumah then ada job baru pergi balik, hihu...  

Assalamualaikum WBT

p/s: panas kan sekarang ni... terbakar sana sini.. huhu..

No comments:

Post a Comment