Nuffnang Ads

Monday, February 10, 2014

Kontroversi Video Teresa Kok dan Sembang Rakyat Tentang Hudud!

Assalamualaikum WBT,

Saya selalu cakap kat diri saya sendiri, jangan mengada sangat update fasal politik sebab nanti orang cop blog politik, blog macai, blog pembangkang lah, uhhhh.. tak nak!!! tapi saya nak update juga sal dua perkara yang berbeza tetapi mempunyai sifat yang sama yang menjurus kepada penghinaan.


Baik, siapa pernah tengok dua video ini, Sembang Rakyat Tentang Hudud dan Onederful Malaysia CNY 2014? Kalau siapa yang pernah tengk Onderful Malaysia CNY tu bagus, cuba tengok pulak Sembang Rakyat Tentang Hudud tu, bukan apa, Teresa Kok menghina Melayu tetapi kalau dalam video SRTH tu, ia menghina Islam.

Rasanya, video-video ini masih ada berlegar di dalam youtube, saya pulak lupa nak save aritu, masa saya tengok tu, kalau tak boleh saya postkan kat sini, kan?

Ada beberapa NGO membuat laporan mengenai SRTH ni, tetapi ia tidak sebanyak laporan yang dibuat terhadap Teresa Kok, mungkin pendekatan yang berbeza diambil oleh penghasilan video SRTH tu, sebab SRTH ia lebih kepada sifat dalang, ia menggunakan pelakon tanpa ada kehadiran Ahli Parlimen atau orang kenamaan, tetapi ia berbeza pulak dengan Teresa Kok yang sendiri melakonkan watak di dalam video tersebut. Jadi, mungkin disadvantage terletak kepada Teresa Kok.

Baik, kepada yang masih belum tengok, sila la tengok, dan analisis kedua-dua video ini dan cubalah berfikir secara mendalam sebelum membuat laporan polis, kalau boleh, nak buat laporan polis tu, buat sekali dengan penerbitan video SRTH tu, sebab laporan sal tu sikit sangat, tak mendalamkan air langsung! okay?

Assalamualaikum WBT


p/s: nak tidur lak..

No comments:

Post a Comment