Nuffnang Ads

Wednesday, February 12, 2014

Segmen Baru di Era FM!!!

Assalamualaikum WBT,

Salam Panas 1 Malaysia!!

Wahh... cam catchy lah kan... hihu, takde lah, aritu kan Salam Fefeling Sejuk 1 Malaysia, lepas hilang salam tu, now ada salam baru, Salam Panas 1 Malaysia. Nasib kita baik, tak jadi macam nun kat Australia yang panas melampau sampai terbakar hutan, bahaya tau!!!

http://www.era.fm/

Okay, saya ada cadangan ni untuk satu stesen radio swasta yang hebat, maybe untuk meningkatkan rating dorang, seperti mana yang kita semua tahu, radio Matahari *alih nama, ada satu rancangan hebat tiap malam yang mendayu-dayu, berkaitan dengan cinta, sayang, kasih sayang, peluk-peluk dan sewaktu dengannya lah. Kalau saya, maaflah, saya suka dengar lagunya je, sebab lagu dalam segmen tu tangkap leleh, tapi cara percakapan? Mintak maaf banyak-banyak, rasa cam nak cair taik telinga saya. Kejam, well, itu pendapat saya.

Okay!!! ini my cadangan, saya nak propose ni kat Era.FM, saya dulu sebenarnya peminat Era.Fm tapi bila dah lelama, ada banyak stesen radio baru, saya rasa cam nak mengikut peredaran masa, jadi!!! ini adalah cadangan saya, saya cadangan supaya Era mengadakan satu segmen pendek untuk pendengar, dengan tahu Era Cinta, dengan tagline Adakah Cinta di Hatimu? then, penyampainya, WAJIBLAH Mak Jemah!! saya tak nak orang lain, sebab bayangkan pemanggil buat panggilan dan confess percintaan kepada subjek lain lah, then Kau Rasa apa yang Mak Jemah akan jawab? Mesti kelakar kan? Pedulik!!!! hahahaha.. ini bukan ciplak, mungkin nama sama tapi storyline yang berbeza. Sejam dah lah, 2-3 pemanggil je kan? Then Mak Jemah boleh komen sal percintaan tu. Lagi Kau Rasa, sedih? Gembira? entah.. janji pendengar rasa gembira. hahahha..

Memalam pun okay or pepetang pon boleh untuk segmen ni, jangan la memalam sangat, takut orang tak tidur nanti, alih-alih bukan stesen lain, kan?

Okay, kepada Era.FM, kalau nak keudarakan segmen ni, sila bagitu saya, saya nak sangat dengar!!! hahahhaa.. tak sebut nama saya pun tak kisah... janji segmen ni meletop!!!

Assalamualaikum WBT

p/s: publisiti? Tak kisah, cuma saya nak dengar benda yang mampu menggembirakan hati je lah... hahahah

No comments:

Post a Comment