Nuffnang Ads

Tuesday, March 25, 2014

Aku Masih Berharap. MH370.

Assalamualaikum WBT,



Hati ahli keluarga mana yang tak hancur luluh tatkala mengetahui kehilangan ahli keluarga mereka?

Hati ahli keluarga mana yang tak sedih tatkala mengetahui ahli keluarga mereka hilang?

Hati ahli keluarga mana yang tidak hancur tatkala mengetahui yang ahli keluarga yang mereka sayangi hilang buat selamanya?

Hati mana?

Mungkin ada hati-hati yang dingin tidak merasai emosi yang menyelubungi semua rakyat Malaysia sekarang.

Ingat tak peristiwa 9/11 yang dijadi di Amerika Syarikat dimana sehingga bertahun-tahun kesalahan diletakkan ke atas Muslim SELURUH DUNIA. Pelik kan? Ada yang mengatakan bahawa ia adalah konspirasi USA sendiri. Entahlah.. hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

MH370 hilang sejak awal Mac lalu dan semalam sidang media pada pukul 10 pm semalam mengatakan bahawa AAIB ada menemui serpihan (debris) yang besar dan menyerupai pesawat. 

Sejujurnya, saya masih lagi ada mempunyai harapan dan saya memang berharap yang mereka masih hidup. Jikalaulah benar itu adalah debris tersebut, maka, tolonglah, tolonglah tunjukkan debris tersebut dan sebarkanlah kepada awam. Letaklah ditv-tv, paparkanlah di dada-dada interent supaya kita semua sendiri dapat menerima berita ni. Tolonglah. 

Mungkin ada yang mengatakan,

"Kita kena percaya, ini semua ketentuan-Nya".

Ia betul, jikalau ia ketentuan, tolonglah tunjukkan, sebab kalau dah confirmed, kepada tak ditunjukkan imej yang dijumpai oleh AAIB tu? Kenapa ia terlalu rahsia untuk didedahkan kepada umum. Standard Operation Procedure ke? 

Iya, mungkin betul, siapa saya? Saya bukan siapa-siapa dan saya tidak mempunyai sesiapa pun di MH370 tu, tapi hati mana yang tak sedih jikalau kebenaran tidak ditunjukkan? 

Bukan apa, negara Malaysia kita ni kecil je. Kecil sangat, tapi these past years, negara kita memang antara negara yang memang bold dan juga mempunyai ekonomi yang agak kuat. Dan akhir-akhir ini, negara kita menjadi tumpuan, *sebelum kejadian ini. Entah, nak cakap pun tak tahu sangat sebab ini semua diluar kemampuan kita, luar kemampuan saya sebagai manusia yang lemah.

Namun, hati saya masih kuat mengatakan bahawa MH370 masih ada dan crew and penumpang masih lagi selamat, cuma mereka tidak tahu mereka berada di mana. 

"Ya Allah, selamatkanlah mereka. Engkaulah tuhan sekalian alam (nyata dan ghaib), Engkaulah tempat kami (Muslim) mengadu nasib, Engkaulah tempat kami (Muslim) memohon bantuan, Engkaulah tempat kami (Muslim) meminta-minta. Jikalau mereka (crew dan penumpang) masih selamat, Engkau tunjukkanlah kebenarannya. Engkau tunjukkanlah kekuasaan Engkau, Ya Allah. Engkau hapuskanlah musuh-musuh mereka, Engkau tunjukkanlah. Amin."

Assalamualaikum WBT

p/s: Tolonglah jangan hilang harapan.

2 comments:

  1. Insya Allah kebenaran akan timbul nanti...banyakkan berdoa semoga Allah SWT tunjukkan segalanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah, Allah Maha Berkuasa ke atas segalanya, amin.

      Delete