Nuffnang Ads

Tuesday, March 25, 2014

Faith vs Frustration (Iman vs Kecewa)

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Sihat? Entah kenapa, hari ni saya nak tulis fasal ni.

SHAH ALAM – Pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dilihat sebagai satu perancangan yang baik untuk sistem pendidikan, namun masih ada kelemahan yang perlu diberi perhatian.

Ketua Pengarah Institut Kajian Pertumbuhan Ekonomi Melayu Malaysia, Datuk Paduka Dr. Ibrahim Saidun berpendapat, ramai guru-guru yang mengajar bahasa Inggeris di sekolah luar bandar tiada kelulusan yang sewajarnya.

“Pelan yang dikemukakan ini satu pelan yang baik tetapi perlu dikaji. Kelemahan-kelemahannya pun banyak terutama di kawasan-kawasan luar bandar.

“Di kawasan saya sendiri, kita tak mempunyai cikgu yang sangat arif dalam bahasa Inggeris. Cikgu-cikgu yang mengajar Bahasa Inggeris ini bukan lulusan Bahasa Inggeris, jadi, dia tidak dapat memberi input yang secukupnya,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui selepas sesi dialog ‘Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, Satu Perspektif’, anjuran Sinar Harian, hari ini.

Malah beliau berpendapat, hasrat kementerian untuk melaksanakan wajib lulus Bahasa Inggeris pada tahun 2016 itu perlu ditangguhkan.

“Apatah lagi, kementerian mewajibkan kelulusan BI pada tahun 2016, saya rasa, kena tangguh dulu. anak-anak Melayu di kawasan luar bandar akan menjadi mangsa.

“Jadi, kementerian kena pastikan bahawa guru-guru yang mengajar Bahasa Inggeris merupakan guru-guru yang benar-benar berkelayakan terutama sekali di kawasan luar bandar,” katanya.

Kenyataan sama dikeluarkan wakil badan bukan kerajaan dari Putrajaya, Wan Arkamal Shah Wan Stapa.

“Pendidikan dalam bahasa Inggeris ini kita bermasalah. Rata-rata guru mengajar Bahasa Inggeris ini, di rumah mereka berbahasa Melayu atau bahasa ibunda masing-masing.

“Ia perlu ada penghayatan dalam pendidikan bahasa Inggeris ini. Jika ini berterusan, mungkin harapan kita untuk melihat bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di Malaysia lambat tercapai,” katanya.

Beliau berharap agar kementerian mempunyai mekanisme yang lebih baik dalam menangani isu tersebut.

Sementara itu, pelatih peringkat awal kanak-kanak yang juga seorang ibu, Haryati Abd Ghani berharap agar kementerian menjelaskan kepada ibu bapa tentang sistem baru itu.

“Ibu bapa perlu mencari isu semasa di Internet sendiri. pada masa sama, ibu bapa perlu sentiasa berhubung dengan pihak sekolah untuk mendapat maklumat terkini.

Kadang-kadang kami susah juga nak mendapat maklumat dari pihak sekolah kerana mereka masih belum mantap lagi dengan sistem baru. Jadi mereka pun tak boleh nak jelaskan kepada kami,” katanya.

Menyentuh tentang prestasi anak-anaknya, Haryati akui kehendak sekolah yang mengutamakan kualiti prestasi sekolah menekan anak-anak.

“Saya mulakan pendidikan anak saya dari pendidikan awal lagi. Jadi, apabila ada menerima isu yang baru, ibu bapa kena ambil tahu juga supaya anak-anak tidak tertekan dengan kehendak semasa.

“Kehendak sekolah yang mahukan kualiti untuk prestasi sekolah mereka dengan menekan anak-anak kami,” katanya.

Pensyarah Fakulti Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Dr Saharuddin Badaruddin berpendapat kelemahan yang ada pada pelan terdahulu perlu diperbaiki.

“Bagi saya, dalam perancangan sekarang ini, segala kelemahan yang terserlah dalam pelaksanaan yang lalu terutamanya pelaksanaan PPSMI, perlu diperbaiki.

“Kalau boleh kita dapat memastikan supaya penguasaan bahasa Inggeris itu dapat dijadikan penguasaan yang baik tetapi pada masa sama masih mendaulatkan bahasa kebangsaan negara ini,” katanya.

Wakil YDP SMNK Telok Gadong, Klang, Saad Hassan berharap agar guru berkualiti dapat ditambah terutama di kawasan luar bandar

“Cadangan ini wajar untuk generasi akan datang. Kalau boleh kurangkanlah beban guru-guru ini. Kekuatan guru-guru mungkin boleh ditambah. Terutama guru luar bandar,” katanya. SUMBER.
Entah kenapa. Betul, masih minat untuk menjadi guru Bahasa Inggeris, sumpah demi Allah, tetapi, entah kenapa memang takde rezeki. Iya, kedengaran seperti alasan, Sumpah Demi Allah, rezeki memang Allah yang aturkan. Saya masih baca buku English language pon sebab apa? sebab saya yakin dengan Allah SWT. Dialah sumber segalanya. 

Assalamualaikum WBT

p/s: Kedengaran kecewa? agaklah...

4 comments:

  1. sabar je ye :) insyaAllah.. rezeki tak kemana..
    same goes to me. speaking about chasing dreams. i always want and opt for something that is almost impossible. at least for me to reach.. dah banyak Allah tunaikan. bersyukur sangat. i could not ask for more.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you for the kind words, in shaa Allah, doakan saya ye?

      Delete