Nuffnang Ads

Wednesday, March 19, 2014

Filem Malaysia Tandus, The Journey Tetap Terbang.

Assalamualaikum WBT,

Saya semalam sempat menonton cerita yang kat Astro tu, citer Melayu tu, apa nama dia, hurmm.. Bukan Aku Tak Cinta.. ha.. tu la citernya..

There are reason why saya tak tengok cerita tu sebenarnya, 

1. tak minat

then tengok la sebab apa orang ramai dok tengok, then semalam saya tengok la... berbangkitlah pulak sebab lain..

2. cerita ni memang tak sesuai langsung untuk mereka yang ada anak kecil sebab apa?

1. ada unsur-unsur yang 'terlebih romantik'.

Ada yang suka, tapi pada saya, tak payah lah, kita bukan Omputih yang nun duk agung-agungkan benda-benda macamtu, kalau citer macamni, tak hairan la kalau parti-parti yang ada berlangsung kat Malaysia ni jadi macamtu. 

Entah, saya tengok juga cerita-cerita lain, takde la macamtu bagai. Kalau macamni, baik tengok cerita omputih je, tu ha.. Devious Maids tu, lagi lahh... takde beza sebab standard sama. 

Saya suka cerita kat TV3, yang cerita Filipina tu, Becareful With My Heart. Jujur dan cute, kenapa kita tak mampu keluarkan cerita yang macamtu. Dorang pun setnya walaupun tak kaya nak mampus *kekononnya cam kita kat Banglo besar-besar, hakikat?. Set kat Filipina tu cam tempat setinggan je, tapi best, rasa best, macam cerita yang Umie Aida buat tu, Ummi. Bapaklah bestnya, menunjukkan rona-rona kehidupan yang sebenar, bukan kehidupan yang dibuat-buat. Memang ada orang yang hidup dalam keadaan macamtu, kaya, rumah besar, Dato-dato, Datin-datin, tapi tak rasa ke macam kehidupan tu agak terlampau cliche? gangster, cliche?

Nak tau sebab apa The Journey dapat kutipan hebat? Kalahkan producer film-film lain? Isu yang dibawakan memang sentiasa dibawakan oleh pengarah melayu, penulis melayu, tetapi The Journey menambat hati semua orang.. sebab apa? Sebab cerita tu kuat dari segi emosi dan jalan cerita. Ada pelakon hebat dalam tu? Ada pelakon kutipan juta-juta dalam filem tu jadi pelakon? Takde, pak cik tua je yang kecewa dengan anaknya yang hendak kawin dengan omputih. Kenapa orang tengok? Sebab itu pun yang terjadi sekarang, cerita yang jujur dan bukan filem Gangster bunuh-bunuh, hantu makan orang ke, apa ke tak.

Jadi, apa yang dipelajari nanti? Peniruan beramai-ramai filem The Journey. Sekian terima kasih.

Btw, cerita KIL yang lakonan Redza Minhat dan Christine Suzanne tu best jugak! Suka!

Assalamualaikum WBT

p/s: Pendapat ikhlas. tak suruh baca dan marah, suruh baca je.

No comments:

Post a Comment