Nuffnang Ads

Monday, March 24, 2014

Hadiah Dari Si Dia!! Terima Kasih.

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah, baru je lepas lunch. *eii.. lunch pun nak update, sukati saya lah.. hahahha. *nampak sopan guna saya dalam ayat kurang hasam.

Baik, sambil-sambil browse internet then...

"Assalamualaikum... ada bungkusan untuk Akmal Razlan"- Posmen.

"waalaikumsalam...jap eh"- kataku.

Ha? Bungkusan? Bila masa lak saya beli pape dari internet? Huurrmmm...

Dah siap-siap sain bagai, borak-borak jap dengan posmen, blah bla lallalala~~~.

Then, anak-anak sedara ku cakap,

"buka lah, buka lah.."

Saya bukalah depan dorang.. 

"Apa benda tam?" *dorang panggil saya Tam.

"Pen. Cantik".

"ahh! cantiknyaa... nak?"

Gila? Takkanlah saya nak bagi ke anak sedara saya yang rahamai tu, ada 6 orang, pen satu nak kerat 6? Harap maaf. 

"ahh.. takyah!, g main sana". Saya cakap.

Orang kata, hadiah ni adalah satu pernghargaan. Iya, kita dapat rasa kalau hadiah tu ikhlas, sebab saya memang suka hadiah ni. Kepada yang memberi dan saya tak nak mention kat sini, terima kasih so much!!!! walaupun masih tak keje, tapi I will definitely use this pen nanti. Teirma kasih sangat-sangat!!! Suka sangat... saya tak tau nak cakap macamne, memang best, hadiah best! suka best! memang sangat suka! Memang saya suka pen pun. 

Assalamualaikum WBT

p/s: Cantik kan?

2 comments: