Nuffnang Ads

Sunday, March 16, 2014

Jangan Politikkan MH370, please!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Sorry, ada dua blog ni agak susah sikit. Iya lah, situ nak, sini nak, NAK UPDATE lahh.. hahahha..

Okay, hari ni dah masuk hari ke-9 Pencarian MAS MH370 dan semalam sudah diberikan leads yang baru oleh DS Najib, Perdana Menteri Malaysia, beliau tak jawab soalan dari media tapi well, apa yang diucapkan mungkin daripada kita dapat mengagak apa yang terjadi.

Tapi tu lah, agakan hanya seperti spekulasi. 

Saya juga sebenarnya kesal sebab ada beberapa blogger, yang popular lah, ada yang mengatakan Kapten Zahari tu penyokong FANATIK DS Anwar Ibrahim, ini sebenarnya dah masuk politik dah, kalau ada kait-kait tu, saya fikir,

"Aduhh.. menyampahnya, kenapa lah macamni, kenapa nak kaitkan dengan politik dan apa yang terjadi pada waktu sekarang tu kan".

Malas sebenarnya nak benda camni, aritu dah tercemar imej Turki dengan apa yang dikatakan menggunakan passport palsu. 

Saya bukan pro pembangkang, jujur saya cakap dan saya sebenarnya sokong kerajaan tetapi banyak perkara yang saya agak tentang sebagai contoh, pembaziran macam apa yang dalam surat khabar tu kan yang Datin Seri Rosmah pergi Qatar dan perbelanjaan sampai RM300 ribu, kenapa? Naik apa? Berapa lama duduk? Makan apa? Minum apa sampai perbelanjaan sampai macamtu sekali? Aduh.. ini adalah salah satunya.

Kalau yang pembangkang pulak, bukan nak cakap lah, macam tempat saya, tu apa namanya, Dato Ariff Sabri, puih! muka pun tak nampak! bangang! menyampah! jujurnya, saya tak undi dia, sama juga dengan calon BN Dato Hoh Kai Mun yang menjadi calon aritu, kalah then hilang. Yang ada hanyalah ADUN, Dato' Shahiruddin dengan Dato' Aziz Kiram, yang lain? HARAM! 

Jatuh hukum haram agaknya kalau jejak kaki ke Parlimen Raub or ADUN Batu Talam ni. Agaknya, entah, saya bukan alim ulama nak jatuhkan hukum.

So, kalau nak sokongan orang, jangan tabur duit, nak sokongan orang, cuba dapatkan dengan ikhlas. Saya ingat yang paling suka turun ke Parlimen sendiri adalah Dato' Ir. Soffi ADUN Benta, setahu saya, tiap minggu gak la dia turun ke Pekan Benta untuk beramah mesra dengan penduduk, tapi entah la sekarang ni, dulu ye. Selalu je nampak, bagus dia.

So, saya juga pengundi, juga pemerhati, juga penduduk dan juga pengharap. Memang harap terbesar di beri kepada Allah SWT sebab manusia hanyalah medium pengharapan. Tapi jangan sampai yang percaya hilang harap. Kan?

Assalamualaikum WBT

p/s: BTW, saya emailed already the exco and MB untuk signal telekomunikasi, mungkin esok dorang baru jawab. (Dato MB, YB Shakir Fauzan dan juga YB Shahaniza). Tolonglaaahhhh..pleasee....

No comments:

Post a Comment