Nuffnang Ads

Tuesday, March 11, 2014

Kita ada Allah SWT!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Mesti semua sihat kan? Alhamdulillah saya sihat.

Tatkala dunia masih buntu dengan apa yang terjadi kepada MAS MH370, semakin ramai manusia yang membuat andaian-andaian tidak berasas terhadap kejadian tersebut. Kesian kan?

Kalau saya paparkan kesemuanya, mesti rasa marah kan? Saya tak nak dilabel sebagai blogger yang suka mencari perhatian dan suka mengadakan cerita. Saya tak nak bukan apa, ramai sangat dah yang buat tajuk-tajuk dan cerita-cerita yang boleh dibaca dan tidak boleh dipercayai. Susah weh nanti...

Lagipun kita ni sebagai sumber ketiga, keempat dah. Nak tengok carta sumbernya,

Sumber pertama : Mereka yang pergi menyiasat.
Sumber kedua : Perdana Menteri, menteri dan orang besar-besar.
Sumber ketiga : Wartawan semasa PC dibuat.
Sumber keempat : Public (kita)

Tapi bila ada sesetengah daripada kita yang membuat cerita yang tidak berasas, kita dah menjadi satu carta lain, atas lagi dari sumber pertama dengan cerita-cerita yang tak munasabah. Itu kalau dipublishkanlah, tetapi kalau hanya simpan untuk pemahaman diri sendiri, tak kisahlah kan? Itu perkara yang tidak akan menjejaskan sesiapa pun.

Baik, semalam saya sempat mendengar temubual yang dilakukan oleh TV3 dengan Kapten Norudin yang memang rata-rata mengatakan apa yang perkatakan oleh beliau adalah betul dan ramai yang bersetuju dengan apa yang dikatakannya. Kembali kepada Allah SWT. Tu je.

Well, memang patut pun, kita dah berapa hari dah ni guna teknologi, jadi, apa kata kita guna Allah SWT pulak, lagipun kita kan hamba-Nya, jadi sama-samalah kita berdoa kepadaNya agar dipermudahkan segala urusan.

#prayforMH370 #prayforthepeopleinside #prayfortheirsafety #prayforthem

Assalamualaikum WBT

p/s: Takut pulak, banyak sangat dah kapal kat perairan kita dan negara jiran. Kapal hebat-hebat lak tu, US bagai, Singapore dah la sekutunya... huhuhu.. tak nak!!!

No comments:

Post a Comment