Nuffnang Ads

Wednesday, March 5, 2014

Kuala Terengganu Western Dikir Showdown 2014!!!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Mesti semua sihat kan? Baik, untuk kali ini, saya nak buatkan satu entry khas bagi mempromosikan satu event yang akan diadakan di Kuala Terengganu.

https://www.facebook.com/KTWDS?fref=ts

Satu event Dikir Barat Showdown 2014 akan dilangsungkan di Dewan Gymnasium, UNISZA pada Sabtu, 19 April 2013, masa 8.30 AM - 1.00 PM. Jadi, kepada sesiapa yang berkesempatan, bolehlah datang ke UNISZA, Terengganu untuk menyaksikan pertandingan Western Dikir Showdown ini. Ia dianjurkan oleh pelajar tahun akhir, kursus jurusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dengan Komunikasi, Fakulti Bahasa dan Komunikasi. Jadi, kepada sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut, bolehlah meng-klik pada banner yang saya letakkan di atas. Pastinya anda teruja dengan programme ini.

https://www.facebook.com/PreLovedWardrobeSales?ref=stream
Bersempena dengan event ini, pihak penganjur juga ada membuat satu Facebook page untuk Preloved Wardrobe yang menjual macam-macam jenis baju, kasut, beg dan juga accessories yang rata-rata masih dalam keadaan cantik dan molek. Maklumlah, barangan budak final year, mestilah taknak beratkan bag kan, jadi! kepada mereka yang ingin melihat barangan tersebut, bolehlah ke Facebook page ini, like dan pilih barangan kesukaan anda! Pastinya ada yang anda suka! Atau, untuk melihat dengan lebih real, bolehlah ke UNISZA sendiri dan hubungi No yang tertera di situ untuk melihat segala jenis barangan. Jangan pulang dengan tangan kosong, rugi!!!

https://www.facebook.com/KTWDS?fref=ts

Tujuan Preloved Wardobe ini ditubuhkan adalah untuk mengumpul dana bagi menjayakan programme Western Dikir Showdown 2014, jadi!!! apa tunggu lagi! klik banner tersebut dan like FB mereka!! jangan malu-malu. Membeli untuk diri sendiri sambil membantu mereka untuk menjayakan programme mereka, Good Cause kan?

Even kepada mereka yang ada di Kuala Terengganu, kalau rasa nak makan Spaghetti yang sama cam kat Italy nun, wahhh.. promote ni.. boleh la mencuba tapi kena click kat banner tu dlu, dan like then baru boleh cuba, murah je uolsss!!! mana nak dapat makanan murah camtu.. kan?

Hebat sebenarnya idea ni, rasanya kalau betul proposal dorang ni, boleh jual show ni... wehh korang, buat satu proposal then hantar ke stesen TV, bagus ni, dikir kan tengah top sekarang, so!! apa lagi!!! 

Jadi!!! kepada yang berminat nak pergi ke Western Dikir Showdown ni, bolehlah ke UNISZA untuk menyaksikannya pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan, jangan tak datang pulak!!! rugiiiii...

Support local scene!!
 
Assalamualaikum WBT

p/s: seronoknyaaa... rasa nak g tengok lak nanti... 

No comments:

Post a Comment