Nuffnang Ads

Tuesday, March 18, 2014

MARI KETAWA : Seluar Dalam.

Assalamualaikum WBT,

Saya ada satu cerita menarik yang ingin dikongsikan dengan semua pembaca blog ini.

Baik, cerita ni cerita lawak gak lah, then nama dirahsiakan bagi menghormati sensitiviti orang yang ceritakan kepada saya.

Situasi : Nabila sedang makan-makan disebuah kedai makan dan ditepi kedai makan tersebut ada sebuah kedai yang menawarkan perkhidmatan cuci kereta. Ada sorang pekerja di kedai tersebut datang dan menanyakan kepada Nabila,

Pekerja: A dan B
Nabila : N

A : Salam kak, akak nak cuci kereta tak?

N : Boleh juga, kereta akak kotor sangat tu. Kejap eh, akak keluarkan barang-barang.

Nabila dan pekerja berjalan ke kereta. Sesampai sahaja di kereta, Nabila membuka pintu kereta dan pekerja bertanya,

A : Nak basuh luar dalam ke?

N : (Dengan kuatnya) Haaa? Seluar dalam?? Mana ada akak basuh seluar dalam sini. *sambil mencari-cari kot-kot ada terjatuh seluar dalam kat bawah dan dalam kereta.


A : Taak, saya tanya, akak nak basuh kereta ni, luar dalam ke?

N : *Masih terpinga-pinga,Nabila menjawab "ahh.."

Dengan rasa agak malu, Nabila pergi semua ke kedai makan dan pergi makan. Huhu..

Sesudah siap kereta Nabila, Nabila pun pergi ke kedai tersebut.

B : Jumpa tak seluar dalam akak tadi?

N : Dengan rasa penuh malu dan tersipu-sipu macam *tak tahu nak cakap apa, Nabila menjawab dengan senyuman.

Sekian, cerita Nabila dengan luar dalamnya. Moral of the story, TOLONGlah dengar betul-betul, tolonglah!!

Assalamualaikum WBT

p/s: saya dengar cerita ni pun rasa nak menangis. hahahha.. ketawa dalam tangisan kau!!!

2 comments:

  1. Huhuhuu...bahaya juga mcm nih. Jangan kata si nabila tuh. Kita yg laki2 ni pun malu juga kalau salah dgr. Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. kan? tu la,, moralnya dengar elok2..

      Delete