Nuffnang Ads

Saturday, March 8, 2014

MH 370, DSAI dan Ultraman.

Assalamualaikum WBT,


Terkejut dengan kenyataan yang pesawat MAS MH370 yang dilaporkan hilang dalam ruangan udara Vietnam. Kenapa boleh jadi macamtu? Mintak-mintak tiada lah kejadian yang tidak elok berlaku kepada pesawat ini serta anak kapalnya. Semoga semuanya dalam keadaan selamat dan please.. please.. no hijacking. Please...

Dan satu lagi perkara yang ingin saya kemukakan adalah, yang isu Ultraman yang diharamkan tu kan, of course lah, kalau ikut imej dan reputasi, boleh je syarikat Jepun tu saman, sebab apa, industri anime dan kartun di sana adalah antara penyumbang terbesar kepada ekonomi di sana jadi, memang patut pun kalau syarikat yang publish serta terjemah buku tu disaman.

Saya ada baca semalam dan What the hell kan, terjemahan yang agak bangang dan sengal sampai ke langit ke tujuh wehhh... Seriously, boleh je modify kepada yang lebih society mesra kan? ini tidak, pening kepala baca.. all and all, dulu saya tengok citer Ultraman Taro dan takde masalah pun. Tak mendatangkan kepincangan serta penyelewengan akidah pun. huhuhu...

Then, penyabitan kesalahan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beliau dikenakan hukuman 5 tahun penjara. Lagi kena, aduh, entah lah, hanya Allah SWT Maha Mengetahui, ingatlah, segalanya akan terbongkar di SANA nanti. Kepastian.

Dah lah, isu berat-berat lak.

Assalamualaikum WBT

p/s: apa nak jadi dengan dunia ni.

No comments:

Post a Comment