Nuffnang Ads

Thursday, March 13, 2014

Pengalaman Sekolah Rendah - Belajar Sebab Minat.

Assalamualaikum WBT,

Sekolah Rendah.

Mestinya semua pernah belajar di situ kan? Jangan tipu. hahahaa.. okay, apa yang saya nak post ni, agak serious. Macamni, masa saya kecil dulu saya pernah juga sekolah rendah, hehe.. memang sekolah rendah pun, then, isu nya di sini, GURU/CIKGU/TEACHER, memanglah setiap guru mempunyai pandangan yang berbeza untuk mendidik dan mengajar.

Ada yang mengambil langkah menjerkah murid, ada yang mengambil langkah untuk bertindak seperti garang tetapi hakikatnya tidak, ada juga yang lebih selesa untuk family approach di mana mereka lebih mesra dengan murid untuk menggalakkan murid supaya belajar.

Iya, difahamkan setiap guru sudah ada programme dan class sendiri tatkala belajar di maktab atau universiti, maksudnya, kelas pedadogy (mengajar). Tapi ada juga yang amik psychology untuk men-psychology murid-murid supaya berasa ingin belajar.

Tetapi tidak semua. Ada sesetengah merasakan bahawa, menjadi garang adalah membuatkan murid lebih berminat untuk belajar. Well, let me ask you, "awak nak murid belajar kerana minat atau takut?" Kalau hendak murid belajar kerana takut, well, congratulations, memang anda berjaya. Tahniah! Saya juga ada guru yang saya takut dahulu dan dalam kelasnya selalu fail sebab motivasi untuk meningkatkan diri tiada sebab terlalu takut. Mungkin sesetengah orang kalau terlalu takut membuatkan mereka menjadi hebat tak tentu hala, kan? Tidak saya, apabila takut, rasa menyampah itu kuat dan terus menerus kepala memikir,

"Saya takut dengan guru so, itu semua sampah".

I had one this science teacher from Terengganu, masa saya Tahun 4 kalau tak silap (1998) dan sangat la garang sampai apa yang diajar, langsung tak masuk dalam kepala. Buat kerja pun kerana terpaksa bukan kerena hendak belajar. Alih-alih, mintak tukar mengajar balik ke Terengganu, obviously, cikgu tu stress mengajar kat sekolah kami, sempat 1 tahun je kalau tak silap.

Then, ada cikgu Rosman, orang Pulau Pinang, handsome, fair, tapi babun! garang nak mampus, there was one time, where my friend and i main congkak, dia nak lalu, then kami bagi la lalu, kami main congkak kat tangga, hihu. *bongok gak time tu pun. but, kalau kami dah bangun then bagi lalu, apakah hukuman ketuk kepada dengan buku tebal *report guru tu berbaloi? Dulu iya, sekarang tak. Then saya tak ingat where he is now, kalau tak silap dia mengajar kajian tempatan kot, ke, entah lah, cuma yang saya ingat, dia handsome. Hahaha, maaf, kehandsome awak tidak mampu untuk mengcover kegarangan itu. Jadi, after 3-4 years kot, dia tukar. Padan.

So, ni nak cerita betapa saya suka dengan cikgu-cikgu yang baik, when I was form 6, ada cikgu ni, mengajar Pengajian Perniagaan, Yusnira Yunus ke Yusuf, lupa lah... tapi dia garang tapi garang di bertempat. Dia sempat mengajar sampai kami form 6 bawah je, then form 6 atas dia takde. During her time, i was like, alhamdulillah, cantik la result tu, takde je dia, motivasi hilang, hancus. huhuhu... btw, dia memang cantik. Normal sebentar. hahaha.. takde lah, memang dia cantik pun dan dah berkahwin, now rasanya dia mengajar kat Kuantan. Entahlah, but she is one of the best teachers I had. Love her.

Then ada juga, cikgu Aniza Abdul Rahman, mengajar pengajian perniagaan kertas dua serta ekonomi  (makro). Cikgu ni best, dia cikgu pakar Pengajian Perniagaan Kertas Dua, walaupun jarang skor tetinggi kelas dia, but dia memang best. Sebab apa? Sebab dia boleh tahu orang tu membaca atau tidak dengan jawapan yang diberikan. gila?? memang gila, cikgu ni memang direspek lah, memang hebat dan saya sendiri belajar kerana dia mengajar dengan niat untuk mengajar bukan hendak marah-marah.

Lagi, when I was in university, there are lecturers yang memang best mengajar, they know what they taught. Love them. Ada juga yang buat-buat hebat, pergh! rasa nak lempang je but whatever it is, they are great, kalau tak, tak jadi lecturer kan? pfftt..

Dah lah, motifnya, guru yang mengajar dengan muka yang senyum dan garang sebentar-sebentar boleh membuatkan muridnya menjadi baik dan murid akan menghormatinya kerana sifatnya bukan takutkannya. Seperti cikgu Hishamuddin Lan serta cikgu Zaharuddin. Dua cikgu ni memang epik, mereka memang best, sorang mengajar Bahasa Inggeris then sorang lagi mengajar Bahasa Melayu *time tu BMelayu. hihu... 

So, kepada yang mengajar yang membaca ni, ini adalah luahan hati ku yang murni. Saya maklum, waktu sekarang memang susah, murid-murid memang liar. huhuhu... cabaran kamu, mungkin caranya berbeza, tapi tu la, tidak semuanya liar kan?

Assalamualaikum WBT

p/s: well, luahan hati kecil. hahaha

No comments:

Post a Comment