Nuffnang Ads

Thursday, March 6, 2014

Popularkah saya???

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semuanya? Mesti semuanya sihat kan? Kalau sihat, Alhamdulillah, saya rasa seronok, tapi kalau sakit, mintak-mintaklah makan ubat or minum banyak air masak or air yang bertapis, tapi seeloknya, minumlah air masak kan? hihu...

Okay, tadi saya ada baca banyak artikel kat web, blog writings serta surat khabar yang ada tadi lah... then saya terfikir, macamne dorang ni jadi famous eh? Saya takde la terfikir nak jadi famous cuma, kalau famous dapat membantu orang ramai, saya sendiri takde nak kisah kan? Tapi tu lah, bukan senang sebenarnya jadi famous ni, it comes with great responsibilities. No kidding.

Tengok cam Dato' Siti Nurhaliza, dia penuh denngan tanggungjawab. Nak jaga hati keluarga, hati masyarakat, hati anak-anak *adib handsome, hati penerbit, hati sebagai jenis manusia dalam dunia ni. Bayangkan, bayangkan kalau dia nak buat sesuatu kena fikir masak-masak sebelum buat atau share dalam social media, dan orang sekeliling pun kena fikir jugak untuk share dalam social media. Bukan senang. Contoh, kalau dia share yang dia tengah minum air sirap je. Apa kata orang dalam social media, dia tak duit nak minum air lain lah? Camtu? kalau dia share minum air sirap kat hotel, nanti orang ingat dia minum Bloody Mary lak kan? Lagi gila, then, contoh kalau dia share dia minum air warna merah kat tempat mewah, mesti orang komen. "Lahhh minum air sirap je..apa kelas".

Macam-macam jenis manusia ni tau.

Lagi contoh, contoh Pak Nil, satu lagi icon hebat yang dikenali ramai. Dia pun famous dan dia juga ada tanggungjawab seperti mana Dato Siti Nurhaliza. Mesti mereka ni akan fikir masak-masak sebelum buat perkara-perkara yang sungguh tidak sempurna di mata orang ramai.

Tapi iya lahh... dorang dah famous kan? Macamne pulak yang tak berapa nak famous dah masih mencari-cari sumber popular tu, kan? Iya la.. mandi pakai bikini (katanya lah.. tapi padahal takde sangat pun, lagi hebat pakaian sesetangah manusia di event-event hebat... kononnya)... kan... Hihu... ada lagi yang pakai skirt pendek sampai kalau duduk nampak.. ehem.. kan? ada jugak yang bergambar separuh bogel untuk katanya kepentingan kerjaya... wahhh..kelas kauuu... hahahaha...

Kalau nak ikutkan kerjaya, orang boleh buat macam-macam lah kan... itu kalau ikutkan hati, tapi kalau ikutkan etika kerja, takkan kita nak guna stepping stone untuk membentuk kerjaya yang berlandaskan kesan negatif kan? Mesti nak yang positif kan? So, janganlah buat perkara yang negatif, Waahhhh, kata seseorang yang tak famous. Hahaha...

Okay lah, banyak dah carut. Nak tido lak, sebab tadi bangun awal. 

Assalamualaikum WBT

p/s: luv me.

2 comments:

  1. Public figure ramai org kenal..jadi,depa kena behave..if not,org akan kata mcm2..public figure yg tunjuk keperibadian yg baik itu bagus..so that,org lain blh ikut :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyaa lah... hihu.. kalau ada yang popular tapi tak boleh nak handle pressure popular.. susah kan?

      Delete