Nuffnang Ads

Thursday, March 20, 2014

Terima Kasih Semua!!!

Assalamualaikum WBT,

Selamat pagi semua? Apa khabar? sihat tak? Kerja macamane okay?

Hari ni adalah hari last kerja bagi negeri-negeri yang cuti Jumaat dan Sabtu macam, Kelantan, Terengganu, Kedah, Johor kan? Negeri lain, esok masih kerja. Teruskan berkerja yer, bagi yang kerja sendiri, takde istilah Mon-Fri (9-5) lah, memang takde, hanya ada ialah, istilah kerja. Kan?
Well, 

Hari ni memang bangun awal, disebabkan sakit kaki ni, saya memang kena bangun awal, entah sebab apa, rasa macam memang kena bangun awal je mungkin sebab orang tua-tua kata, 

"kalau sakit kaki, kena bangun awal-awal, buat senaman sikit untuk melembutkan urat-urat di kaki".

Ada betulnya, tapi kaki saya ni bukan sakit kaki sebab sakit urat, saya ni gout. huhu.. bukanlah sesuatu yang hendak saya banggakan.

Cuma, saya amat berterima kasih kepada semua yang ingin menolong dan ada juga yang memang ingin menolong dengan cara nasihat. Itu saya suka, sebab apa, sebab bila kita sakit, at least ada yang ingin nasihatkan kita dengan cara yang kita suka. Dan ada juga yang ingin promote bahan makanan kesihatan, alhamdulillah, saya amat berterima kasih kepada yang promot tu, semoga perniagaan anda semakin maju dan semakin ramai yang akan membeli dengan anda. Maaf, saya tak makan supplement ni. Saya percaya, khasiat yang kita dapat dari makanan yang kita makan. Contoh, buahan yang kita makan, mesti ada khasiatnya kan? Cuma apa yang anda hendak jual tu, ia telah diubah bentuk dan khasiatnya mungkin sama, mungkin tidak. Saya tak tau sebab saya tak cuba, sebab apa saya tak cuba? Sebab saya serik.

Itu la jawapannya. Jadi, kepada yang nak promote barang boleh, saya hanya akan dengar dan tindakan selepas saya dengar tu mungkin berbeza dengan apa yang anda harapkan, tetapi percayalah, tak semua orang berkesan dengan apa yang dimakan, bukan?

Bukan apa, kalau bab pemakanan ni, memang atas diri sendiri sebenarnya. Gemuk atas kehendak sendiri sebab terlebih makan, kurus kering atas kehendak sendiri sebab tak makan, dan macam hal saya, tak sihat atas kesalahan diri sendiri sebab salah makan. Hehe..

Jadi! penyeselesaiannya, control makan dan exercise untuk kurangkan berat badan. Itu je lah, supplement or makanan kesihatan? Well, nanti-nantilah saya fikirkan ye? Boleh? kalau saya dah buat research sikit nanti fasal makanan kesihatan mana yang terpaling bagus dan baik, saya akan contact anda yer? Jangan risau...

Assalamualaikum WBT

p/s: hehe..

2 comments: