Nuffnang Ads

Tuesday, March 4, 2014

Undang-undang Dunia!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Baik, hari ini saya nak bercakap fasal satu perkara sahaja. 

Undang-undang dunia.

Baik, saya tak nak bercakap fasal undang-undang akhirat, itu memang sudah ditetapkan oleh Allah SWT yang Maha Esa, takde sangkalan lagi. Cuma nak cakapkan hal undang-undang dunia.

Kita semua tahu, undang-undang dunia digubal oleh manusia sendiri untuk kebaikan seseorang atau sekelompok manusia. Ia juga digunakan untuk memberi amaran untuk manusia supaya tidak terjerumus ke dalam lembah yang lebih dalam. Lembah kehinaan.

Jadi, seperti mana yang kita semua tahu kalau dalam dunia ni, ada banyak undang-undang yang agak tidak setimpal dengan kesalahan, iya la, ia undang-undang buatan manusia, lagipun, kita cumalah manusia yang menjatuhkan hukuman terhadap manusia lain yang bersalah dari segi mata manusia. Kita pun kadang-kadang menjatuhkan hukuman sewenangnya terhadap manusia lain kalau kita rasa mereka tidak sehaluan dengan kita, nak-nak dalam politik. Jadi, itu juga hukuman dari manusia kepada manusia lain. 

Tetapi, setimpal atau tidak, ia kadang-kadang menjadi masalah, lain lah kalau ia kes bunuh, dan kalau ikut hukum hudud (sesama Islam, tidak termasuk bangsa lain), balasannya adalah bunuh. 

Iya, memang, memang undang-undang manusia digubal oleh manusia sendiri dengan tanda aras bahawa dengan 'rasa' bahawa undang-undang yang digubal yang disertai dengan hukuman boleh menyekat sesuatu perbuatan salah. Adakah ia bertepatan? Mungkin, mungkin tidak. Tapi, jikalau sudah dipersetujui, nak buat macamane kan? Terpaksa lah diterima dengan hati yang terbuka segala kesalahan yang telah dibuat.

Jadi, di sini, saya hendak jelaskan bahawa, hukuman dunia adalah hukuman dunia, tetapi ia juga related dengan hukuman akhirat. Saya pernah terdengar, kalau kita dikenakan hukuman di dunia, hukuman di akhirat akan dibatalkan. Sumpah, saya pernah dengar tapi sudah lama, cuma saya tidak ingat siapa yang mengungkapkan pernyataan tersebut.

So, hari ni, itu je la, kadang-kadang perkara sekeliling kita nampak betul, tapi sebenarnya ia ada kesalahannya yang tersendiri. Cuma, kita je nak lihat ataupun tidak. 

Assalamualaikum WBT

p/s: Nak buat entry sal undang-undang sekolah di dunia dan Malaysia la kejap lagi.

2 comments:

  1. betul tu. setuju sangat.. hukuman akhirat lebih telus, lebih berat.. jadi kenalah sentiasa beringat.. kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Liza : kannnn... itu lah.. tapi kadang-kadang undang-undang manusia ni kelihatan tidak adil sebab kadang-kadang tanpa siasatan lanjut sebab kadang2 ia hanya berpandukan sekeping kertas tanpa ada budi bicara...

      Delete