Nuffnang Ads

Sunday, March 9, 2014

We Dare To Hope, Its Just Our Nature.

Assalamualaikum WBT,



Sekarang berita fasal pesawat #MAS #MH370 yang dilaporkan hilang masih dalam siasatan.

Okay baik, memandangkan masih tiada penemuan, tetapi saya nak cakap sikit fasal segelintir manusia yang tidak mempunyai sifat sensitiviti dalam diri, takyah banyak lah, sikit je dah lah. Ini tidak, ada yang tweet, buat FB status yang entah hape-hape, cakap itu lah, ini lah.

Kalau benda-benda macamni dan melibatkan ketidaktahuan macamni, tak payahlah update benda-benda yang boleh menaikkan kemarahan orang ramai. Iya, Malaysia tak macam negara asing lain, bila terjadi macamni, rata-rata rakyat Malaysia akan terkesan sebab yang ada dalam pesawat tu adalah rakyat Malaysia juga. Walaupun ramai rakyat negara lain juga tapi bila ada rakyat Malaysia sendiri, rakyat sendiri, rakyat yang juga menapak di atas tanah Malaysia ni, tetap kita terkesan dengan apa yang berlaku. Perkara seperti ini berbeza dengan apa berlaku di sana sini di Malaysia sebab ini tidak tak tahu hujung pangkal dan hanya bergantung kepada sumber maklumat kerajaan.

Oleh kerana itu, banyak spekulasi yang dikeluarkan dan diterbitkan, tetapi, sebenarnya, rasa ingin tahu menjadikan ia begitu. Rasa ingin tahu membuatkan kita rasa apa yang kita tulis itu adalah betul, walaupun hakikatnya ia tidak.

Mungkin sesetengah orang sudah bosan dengan update FB yang cakap #PrayforMH370 #PrayforMAS #Prayforthem , hello, kalau ada rasa simpati, korang takkan teragak-agak untuk diam dan cuba berdoa untuk keselamatan mereka. Itu sahaja.

Ini tidak, keluarkan bermacam-macam FB status yang could easily create stirs, ini yang sepatutnya diharamkan dan ditangkap, KDN pun.

Tapi, kita manusia, rasa simpati membuatkan kita ingin tahu. Itu sahaja sebenarnya. Kalau tidak ia tidak akan menjadi macamni. In shaa Allah, hari sekarang ni panas dan in shaa Allah, segalanya akan dipermudahkan oleh Allah SWT. Percaya pada Allah dan Dia akan membantu kita semua.

Assalamualaikum WBT

p/s: Presiden tu dah minta maaf, senang je kan?

No comments:

Post a Comment