Nuffnang Ads

Wednesday, April 2, 2014

Bila Haram Menjadi Murah...

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah, saya sihat, ada sakit sikit, but in shaa Allah, lepas makan ubat mintak-mintak la baik nanti. 

Entah, semakin hari semakin pelik dunia ni kan?? Semalam saya ada buka twitter, sedih dan terkejut dengan ada sepasang manusia ni ambik gambar tengah buat perkara yang tak elok then postkan kan media social. What happened to moral values? 

Then aritu ada terbaca fasal,

"Bila halal menjadi mahal,
"Haram menjadi murah"

Mendalam sungguh maksudnya ni sebenarnya. Bukan apa, cuba tengok sekeliling kita sekarang, apa benda yang haram yang dijual secara murah dan senang untuk didapati. Bahaya woo...

Siapa pernah pergi Pulau Langkawi, saya pernah pergi juga sebenarnya dan ternyata barangan disitu adalah tiada cukai. Rokok, arak, antara barang yang tidak dikenakan cukai. Kenapa? Senang nak beli camtu? Sepupu saya ada cerita jugak,

"Yang beli arak bertin-tin tu, bukan orang Cina sangat, orang Melayu mengalahkan dorang lagi, letak dalam bag, then lalu kat kastam, tak tahan pun".

Iya, ada. Tak caya cuba pergi la tengok, ramai sangat yang menggunakan kelebihan ini untuk kepuasan nafsu sendiri. Arak bukan untuk orang lain, beli untuk dorang sendiri, kalau bukan Melayu Islam takpe, ini tidak Melayu, dalam IC ada tulis Islam, mungkin lah dorang tak nak menganut agama Islam kot. Nauzubillah... 

Entah lah, mungkin nilai-nilai yang diajar oleh setiap keluarga itu berbeza, tidak sama dan mungkin ada yang lebih mementingkan keduniaan, mungkin la saya tak tahu. Tapi apa yang saya tahu, dua-dua kena balance, tapi lebihkanlah sikit dunia akhirat tu, bekalan ke sana bukan senang nak dapat kan? Tapi kalau betul caranya, senang je nak dapat kan? huhu... tapi hati kena ikhlas lah... itu atas diri sendiri laa pulak...

Jadi, jangan lah tunjuk sangat diri tu jahil, bukan apa, kita hidup dalam zaman yang penuh teknologi ni, ia dah menjadi satu cabaran. Dulu masa mula-mula ia diperkenalkan, ia menjadi satu perkara yang agak janggal, sekarang ia merangkumi semua aspek, keperluan, kebaikan, keburukan, cabaran. Bahaya kan? Tengok atas penggunaan pulak lah...

Dah lah, panjang sangat lak.

Assalamualaikum WBT

p/s: mintak jauh lah...

6 comments:

  1. Dunia akhir zaman, bila mudah utk kita dptkan benda2 yg haram. Orang pandang sebelah mata jer, tegur pun tak. Yg penting, kita mesti beringat, ada di kiri and kanan yang mencatat setiap perbuatan kita. Nak lari sembunyi konon taknak org lain lihat tu..kena ingat, ada yg tetap memerhati. Wallahuaklam.

    Jom singgah blog naz... : DIY : Hasil Ombre Jeansku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya la kak, payah sekarang ni kan? Kita sendiri la yang kena jga diri sendiri dah keluarga. Nak harapkan orang lain, huhu... sama-sama berdoa je lah...

      Delete
  2. Bila ada yg rasa ilmu dh cukup, teguran org dh taknak terima, tp xsedar sebenarnya sedang bodohkan diri sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, tapi itu lah, manusia. Kita ni, sesama la mencari ilmu untuk dunia dan akhirat.. amin.,

      Delete
  3. haa.. setuju tu. orang dah tak peduli benda free -- solat jemaah ..free lagipun dapat pahala banyak. tapi kejarkan sangat benda mahal nak buat dosa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu.. tu la, bukan tu je, banyak lagi yang lain pon...

      Delete