Nuffnang Ads

Wednesday, April 23, 2014

Buat Duit Di Social Media!

Assalamualaikum WBT,


Apa khabar? Sihat? 

Ya Ampunn.. panasnya hari ni... hari-hari panas wehh.. terasa cam duduk kat Zimbabwe, walaupun tak pernah pergi, walaupun kan! hahaha.. takde lah, cam kat Zimbabwe tu orang semua 'putih-putih melepak' jadi, anggapanku semuanya panas berdering... lalala~~ btw, berdering tu loghat.

Baik, hari ni rasa macam idea kering sebab hari terlampau panas, jadi, idea pun jadi tak menentu. Tapi apa-apa pun, kena tulis jugak. hehehe.. 

Ada orang tanya saya,

"Blogging ni boleh dapat duit ke?"

Ehem! saya jawab,

"boleh tapi kena lah betul caranya, kalau nak start business, boleh je buat guna blog ni tapi promote kaw-kaw teow lah, pastu kalau semata-mata nak harapkan Encik Nuff tu, memang tak lah, follower ratus ribuan dulu baru lah kaw teow masuk duit".

Gitu!!! sumpah tak paham kalau saya cakap kat orang camtu kan? hahaha.

Saya pun dah lebih 3 tahun kot berblogging ni, menulis tanpa henti tapi sikit je di Acc Nuff, bukan tak nak usaha lebih, cuma saya berasakan bahawa menulis ni adalah sekadar hobby. Gitu... hahaha.. hobby hobby juga tapi kalau ada duit, apa salahnya kan? Tak gitu?

Ramai orang membuat social media ni sebagai tempat untuk berniaga dan menarik potential customers sebenarnya. Tetapi, kalau macam blog ni, orang jarang sikit sebab wujudnya Facebook, Instagram, Twitter yang lebih micro dari blog kan, jadi ramai yang memilih mereka. Tak salah pon nak berniaga guna social media ni. Takde hal lah, memang ramai je yang maximumkan kegunaan media micro ni.

kalau macam Instagram kan, pergh!! kalau pergi ke IG2 artis-artis, tak kira besar ke kecil artis tu namanya, asal dikenali je, terus!!!

Visit my IG for....
Visit my lovely IG for...

Sumpah annoying. Bukan apa, ada kan tempat yang disediakan artis seperti Hanis Zalikha yang memulakan #sayajual untuk sebagai jenis perniagaan. Dari sekecil-sekecilnya hinggalah sebesar-besar perniagaan. Sumpah boleh cari. Contoh, awak nak cari pengetip kuku berkartun Pokemon, taip lah #sayajualpengetipkukupokemon .. rasa jumpa tak??? hahahha.. kalau jumpa, memang hebat! Teruskan penjualan pengetip kuku pokemon tuh, untung kot!

Jadi, kita duit ni dapat banyak sumber, dari kerja dengan orang sampai lah kerja sendiri. Tapi ikut kemampuan diri juga, kena tabahkan hati, kena kuatkan semangat. Untuk memulakan sesebuah perniagaan memang susah. Memang susah, tapi itu adalah cabaran. Lagipun, ramai je orang yang kerja kerajaan mulakan perniagaan sendiri sekarang, jualan langsung, MLM, kecilan, IKS, semua ada. Yang kerja swasta pun ada buat perniagaan, bukan apa persediaan diri. Duduk bandar besar, bukan senang, payah woo.. sebab tu ramai yang hendak balik ke kampung dan start perniagaan di kampung sendiri, ada potensi apa yang hendak dijual, jual!, silakan. Buat nasi lemak jual tepi jalan pon pakai kereta hebat. Dah? apa lagi? Masa pun ada untuk keluarga. 

Ada pros and cons, tapi itu lah, atas kita la pulak.

Dah, panjang lah, dari buat duit kat blog ke buat duit di alam realiti. hahaha..

Assalamualaikum WBT

p/s: panas wehhhh...
p/s: Picture dari BY Clive.

No comments:

Post a Comment