Nuffnang Ads

Tuesday, April 22, 2014

Kita Manusia, Kita Belajar! Kita Pelajar!

Assalamualaikum WBT,
 
belajar lah di mana2..
Apa khabar semua? Memintak pada Allah sihat lah semuanya ye.

Baik, malam ni saya nak tulis fasal belajar.

Okay, baiklah, dalam dunia ni sebenarnya kita seorang pelajar. Lahir-lahir je dah menjadi seorang pelajar. Tak percaya? Cuba tengok bayi yang kecik-kecik tu kan, mak ayah dorang ajar dorang menjadi orang yang berguna dari kecil, walaupun menangis, mak ayah akan pujuk,

"okay, anak...cakap, nak apa,, nak susu yee?, jap,jap"

Walaupun dia tahu anak dia yang kecik tu tak pandai cakap, tapi dia membiasakan anak dia dengan bahasa yang digunakan. Jadi, minda anak kecil tersebut mempelajari bahasa yang digunakan oleh mak ayah dan serta keluarga dorang. Tak percaya lagi? Ada sesetengah linguists cakap yang language is innate. Memang dah ada dalam kepala. Saya dulu kononnya percaya lah sebab nak dapat A, takdenye.. hahaha..

Sebab apa, sebab bila sudah masuk ke alam bukan belajar formal dari buku dan baca buku yang linguists tulis untuk mendapatkan nama, saya menjadi berfikir secara waras, kalau language tu innate, kenapa perlu budak kecik tu menangis sampai merah muka mintak susu? Kan? cakap je la... jadi, sedari bayi kita menjalani proses pembelajaran, tetapi ia masih terhad. Ada limitation lah, nak lebih, sila baca buku.

Then, bila dah besar sikit, kita meniarap, merangkak, duduk, bertatih, berjalan, berlari, dan sebagainya. Proses tersebut bukan keluar dari perut ibu terus berjalan sambil pegang tongkat. Takk! kita menjalani proses satu demi satu, setahun demi setahun, dan sebagaianya. Kenapa? Kalau keluar terus pandai, bukanlah ia dinamakan satu proses. 

Bila kita sudah besar, kita tetap belajar, dengan dunia yang penuh teknologi sekarang ni, proses pembelajaran memang TIDAK AKAN berhenti. Tanpa dunia teknologi sekali pun, kita tetap akan belajar, hari-hari kita akan belajar sesuatu yang baru. Kadang-kadang kita dah memang expect, kadang-kadang ia datang tidak terduga. Cuma, ia berbalik kepada kita untuk menghadapi perkara tersebut. 

Sebagai contoh, mereka yang ada masalah untuk memahami isi kandungan berita di tv. Itu adalah satu proses pembelajaran CUMA, di tv mereka memaparkan apa yang mereka INGIN penonton lihat. Jadi, itulah yang mereka paparkan dan proses pembelajaran berterusan bagi mereka yang ingin memahami dan ingin melihat kepada yang lebih tersirat pemikirannya. Bagi mereka yang lebih kepada isi tersurat, maka, tidaklah pembelajaran mereka terhenti, tidak, tapi ia lebih kepada perlahan. Ia memperlahankan apa yang sepatutnya mereka mampu.

Lagi contoh, apa beza budak sekarang dan budak zaman dahulu, mungkin 20 tahun dahulu. Budak sekarang ada tv, tv berlambak-lambak channel, Disney, Disney HD, Disney XHD, Nickelodean, Ceria, CN dan macam-macam lagi. Sumpah, macam-macam. Minda mereka telah disekat. Jika dibandingkan dengan budak-budak dahulu, mengikut pengalaman sendiri, saya dengan rakan-rakan ibarat raja di kampung. 

Iya lah, saya budak kampung yang mandi dalam sungai, jumpa lintah bagai. Ia menjadi satu pembelajaran bagi saya, dengan udara yang tidak tercemar, jenayah yang tiada lagi pada masa itu, masih tidak tahu apa tu jenayah, rogol, liwat dan sebagainya. Dunia terasa tidak ada pengakhiran. Imaginasi berkembang luas. Namun tidak terlupa untuk balik ke rumah menolong ibu di dapur. Tidak lupa ye. Macam dulu, kami main sembunyi daun di dalam sungai. Kami menekup muka ke arah lain dan seorang akan menyembunyikan daun di dasar sungai yang keruh dan setelah disembunyikan, kami akan mencarinya. Ia membuatkan kami berfikir, dan menjadikan kami lebih baik dari segi permainannya. Bukan hanya bermain tetapi berfikir.

Tidak seperti budak sekarang, pendedahan imaginasi lebih kepada sumber tv yang rata-rata memberikan pengaruh kurang baik. Well, boleh pilih sebenarnya. Baik, saya akui, saya ada anak sedara yang memang suka menonton tv. Bagaimana cara untuk menghentikan mereka? Amik remote tv then alih channel. Confirm lagi, kalau menangis, suruh mereka buat perkara yang lebih mendatangkan buah fikiran untuk mereka. hehe..

Berbalik kepada topik pembelajaran itu tadi, tidak kita berhenti, kita akan belajar sampai kita mati. Sebelum mati pun kita akan diAJARkan. Kalimah Syahadah yang akan diajarkan kepada kita sebagai orang Islam. Jadi, pembelajaran tidak hanya di sekolah, universiti, kolej, tempat kerja tetapi melalui sebagainya. Kita melihat langit pun kita boleh belajar. Kita lihat pokok pun kita boleh belajar, inikan pula melalui buku-buku. 

Kadang-kadang ilham manusia itu sendiri adalah dari Allah SWT, yang baik lah, yang jahat tu datang dari manusia itu sendiri. Jadi, bangun pepagi esok, jangan lupa lihat ke langit dan lihat ke bumi, jauhnya langit, dekatnya bumi bukan? Apa maksudnya?

Jangan lupa belajar. Ia tidak akan terhenti semalam, ia akan terus kehadapan.

Assalamualaikum WBT

p/s: terpanjang pulak kali ni... ehehe

No comments:

Post a Comment