Nuffnang Ads

Monday, April 14, 2014

Lekat Tulang!

Assalamualaikum WBT,



Baik, seminggu yang lepas, saya makan kari ikan tongkol hitam, mak saya masak. Memang sedap! then, hari Isnin kalau tak silap, saya makan lagi ikan tu, nak dijadikan ceritaaaa.. saya terlekat lah tulangnya...

Selama...

1 minggu... lama kan? 

dah macam-macam cara dan jalan yang telah saya lakukan, kepal nasi, telan, tak jadi. Minum air dalam senduk, tak jadi. Cuba muntahkan, tak jadi. Jolok guna jari, tak jadi. Pendek kata, memang tak menjadi lah..

Then semalam, saya pergi ke rumah satu pak cik ni, sedara jugak lah, saya kiranya, berjampi lah. Tapi istilah kat sini, panggilnya, 'ber-alin tepung'. Adunan tepung tu dari tepung beras. Tetapi, kalau nak berjampi lekat tulang ni, JANGAN CAKAP KAT PAK CIK TU YANG AWAK LEKAT TULANG. nanti, tak menjadi! Sumpah! Seyes, biar pakcik tu sendiri yang tahu.

Saya datang tu dalam kol 8 malam camtu kot, tapi tak berjampi lagi, sebab ada orang lain dulu, orang yang datang dulu tu lagi hebat! macam-macam masalah. hahaha.. aku ada satu masalah je, then lama sikit la tunggu, tapi takpe, sabar menanti pon.

Lepas tu, giliran saya. Pak cik tu tanya,

"Sakit apa?"

Mak saya jawab dari jauhhh..

"Sakit nak menelan, sakit tekak".

Motif, tak nak saya terlepas cakap. Saya pun senyap je lah... hahahha..

Then dia alinkan tepung tu dekat tekak saya, dia adalah bacaan yang dibaca, saya percaya sebab dia ada ayat al-Quran yang di baca tu, lagipun,dah lama dah dia berjampi, sejak zaman arwah ayah dia lagi. 

Kali pertama dialinkan tepung tu, takde apa-apa lagi, kali kedua tu, dia hembus je, then dia buka tepung tu, dia rasa guna jari dia, ada! Ada tulang ikan. Sebelum tu, pak cik tu cakap,

"Ni macam tulang ikan je".

Aku? Senyum je lah... 

Pak cik tu tanya lagi, 

"lama dah lekat ni?"

"Dah seminggu dah".

"Oh, patutlah, dah luka dah ni, patut bawa air tadi".

Ohhh... macamtu, tak percaya? Itu ikut masing-masing lah, sebab aku percaya. Ia terjadi depan mata aku, nampak tercacak tulang ikan tu, dua weh!! dua. DUA. Memula tu dapat yang besar sikit, then kedua tu dapat yang kecil sikit. Haaa? macamne? Alhamdulillah, sekarang, aku takde masalah dah nak menelan, dan takde dah rasa sakit. Alhamdulillah sangat! Syukur kepada Allah SWT.

Orang selalu kata,

"kenapa nak percaya bomoh-bomoh ni? Syirik!"

Haa... ni meh saya nak cakap sikit. Ini bukan ikut logik eh, memang kalau percaya sesungguhnya yang apa-apa boleh mengubati ke, mengubah takdir hidup ke apa ke, adalah sangat syirik TETAPI, jikalau kita BERSANDARKAN kepada pak cik, niat kerana Allah SWT untuk mengembalikan kesihatan kita, rasanya, in Shaa Allah, takde masalah. Janganlah sampai bercakap bukan-bukan, pak cik hebat lah, kalah kuasa yang Maha Besar lah, apa lah, Itu iya syirik qubra. Dosa ya amat.

Alhamdulillah, sudah baik sekarang, cuma now, tak ley makan benda yang pedas-pedas dan kena banyak minum air. Sebab untuk membaikkan luka dalam tekak tu. Hehe..camtulah.

Saya pernah gak lekat tulang dulu, tulang ikan terubuk, masa rumah lama. Perghh.. lama tak naik ikan tu ke rumah lepas daripada tu. Tapi, dah lama okay lah. Takde la sampai fobia. Agak-agaklahhh... hahahha...

Nak jadi kan, kadang-kadang kita dah makan elok-elok dah, pilih betul, jadi jugakkkk! tu lah. Dah la membebel, 

Assalamualaikum WBT

p/s: Takde maknanya nak serik makan ikan tongkol. Feveret kottt...

2 comments:

  1. perghhh memang sakit kalau terlekat tulang ni kan.. boleh jadi fobia dibuatnya..

    btw terima kasih sudi join sesi promote di blog mak dara.. Mak dah buat senarai jom terjahhhhh http://www.bicaramakdara.com/2014/04/promot-blog-kaw-kaw.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Mak Dara... dah terjah dah blog mak dara, nak terjah blog lain-lain lak...

      Delete