Nuffnang Ads

Thursday, April 24, 2014

Sudah Berhijab, Masih Seksi????

Assalamualaikum WBT,


Terpanggil diri ini yang kerdil untuk memberikan komen 'sempurna' pada diri sendiri tetapi mungkin tidak pada orang lain.

Ramai dah berhijrah kepada berhijab, alhamdulillah, kepada yang tidak tu, takpe la, mungkin hati masih berasa kurang enak. Mungkin, siapa tahu, Allah sahaja yang tahu. Kalau dari sekolah rendah dah bertudung, didikan dari awal, kadang-kadang ia membuatkan remaja rasa malu untuk tunjuk rambut. Tetapi, ada juga yang bila sudah habis sekolah, mereka memilih untuk menayangkan rambut yang dishampoo dan dibelai bak menantang minyak yang penuh untuk tatapan orang ramai. KATANYAHH! hahaha... entahlah.

Sekarang, alhamdulillah, ramai selebriti sudah memilih untuk berhijab, walaupun kadang-kadang auratnya hanya di kepala. Takpelah, at least dia cover rambut kan, compared dengan yang tak cover langsung? Gituu... 

Tapi kadang-kadang ada yang buat pernyataan,

"Si polan sudah berhijab dan sudah tidak seksi lagi".

Dek non, ni saya nak cakap siki, sapa kata berhijab/bertudung tu tak seksi?? sapa cakap? pada saya, orang yang bertudung ni ada 'seksi'nya dan contoh eh,

Ahmad ada beli ayam kepsi, bahagian PEHA dan DADA, tetapi dibiarkan terdedah di atas meja makan. Tetiba dihurungi LALAT, LANGAU, DIBERAK CICAK, DISENTUH CICAK dan sebagainya. Ada yang nak makan? huhuh.. tetapi adiknya juga membeli kepci, tetapi adiknya masih meletakkannya di dalam kotak dan ditudung pula dengan tudung saji yang menghalang pandangan lalat serta makhluk perosak. Elok dan cantik lagi ayamnya. Walaupun ia hanya KEPAK.

jadi??? apa pengajaran di situ deknon semua?

Haaa... nak makan sedap, kenalah pandai simpan. gitu? Takkk.. yang bertutup tu orang suka, dan yang terdedah tu, orang akan pandang je, tetapi geli, malu nak tengok sebab terdedah. Whats left if everything is shown?

Gitu?

Assalamualaikum WBT

p/s: nak hujaannnnn..

6 comments:

  1. bgs..bahasa kiasan..bertudung bkn sekadar menutup aurat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, thanks permatabiru, bukan apa, kalau direct kang kata sombong.. thanks komen..

      Delete
  2. well.. indeed. tapi tu lah kan kena be more aware on those matters

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la Licha.. memang semua lelaki tau dilahirkan sebagai wanita muslim memang susah, banyak tanggungjawab kepada diri sendiri, tapi bersabarlah.. semua ada balasannya. *boleh buat entry ni.. jap2..hahah

      Delete
  3. hmm..mata lelaki nie bahaya sikit. kadang2 boleh tembus tembus. eh eh eh.. hahaha :P

    ReplyDelete