Nuffnang Ads

Sunday, May 25, 2014

ABPBH 2013 : Komen-komen menarik!!!

Assalamualaikum WBT,



Sapa tengok ABPBH2013 pada malam semalam? 24 Mei 2014, Sabtu? Siapa tengokkkk???

Saya tengok, sampai tak pergi la semalam ke kenduri, hihu.. punya la nak tengok., Takde la taksub cuma memang nak tengok, sebab awal-awal tu dah dikejutkan dengan macam-macam kan.. mari saya kita kejutan yang diberikan oleh ABPBH2013 di PICC tu,

1. memula dah ada orang lalu lalang depan camera, nampak sangat tak tepat masa then rasa macam tengok citer cetak rompak. Tetiba ada bayangan lalu., ingat hantu, tapi tu lah...hahaha..

2. pemenang menang memang kaw teow jauh dari prediction. Nak-nak Siti Saleha, Achey, Shah Iskandar... lu orang memang hebat! nak-nak masa reaksi Siti Saleha menang anugerah Pelakon Wanita Filem Popular, mak aigh!! memang hebat!! hahahaha.. kelas kau kak!

3. Pakaian, overall memang fefeling la, yang dedah dan yang litup sama naik uols!!! yang terdedah tu memang mintak kaki lah,...nak-nak pelakon hebat jadi mak jahat.. Zila Bakarin, kaki kakak, memang cantik! kenapa tak belah sampai peha je kan? alang-alang. Oh sorry, kalau sampai peha aurat sangat? gitu?? kelas kakak! tak mampooooo...

4. Nabila Huda. Entah, saya rasa dia nak jadi cam jungle girl gitu kan.. pakai suar pendek ala-ala Jane masuk hujan nak g jumpa Tarzan, malangnya, alang-alang kan, kenapa tak pakai compang camping je.. uols, lagi dihormati kalau pakai camtu.. cantik pun cantik, takpun, buat gown guna bunga. Mungkin Nabila Huda dah malas nak pakai gown-gown kot, bukan lama pun kuarnya.. hihu...

5. Dato AC makin kurus lah nampaknya. Cakap fasal kurus, Hafiz pun kurus jugak. Takut lak tengok anda, makin kurus, jangan la kurus sampai cengkung.... bahaya dik, orang nanti cakap-cakap, memang la awak ada jawapan, tapi biasalah kontroversi kan. Sabar eh? makan nasi!!!

6. Jihan Musa, kelas kau kakak!!! menang Pelakon Komedi Wanita Popular. Keluar je jihan, mak saya jerit "Ya Allah, kain!!! kenapa macamtu?" Deknon, awak tu pelakon bersih tanpa kontroversi, saya suka tu! tapi jangan lah pakai kain belah-belah ni, takyah! tak belah pun cantik dah, kalau belah tak cantik!!!! tak cantik langsung! jangan lain kali k?

7. Pengacara 4 orang tu memang okay, tapi kalau keluarkan Shiro tu, lagi best kot. Bukan apa, kadang-kadang 4 is too much, I think 2 is enough. Takpun!!!!! kembalikan Gandingan Raja Azura dan Sharifah Shahirah!!! pleaseee.. rindu sangat dengan kakak ku dua orang tu...btw, Kak Shira, hati-hati ye, kepala tu tak baik lagi...

8. Ada lagi Zed Zaidi pertikai kemenangan Aaron Aziz, bodoh sangat ke kau? Kalau orang tu menang then sebab kau tak menang kau nak bising-bising lah? Ya Ampun, buat malu je. hahaha.. sapa pilih? Peminat, Aaron Aziz menang sebab peminat pilih, kau tak tercalon sebab peminat tak pilih pon. Jadi presiden sebab artis pilih, dan clearly artis tak pangkah nama sendiri dalam borang BH, jelas tak kat situ?

9. Apa lagi? Persembahan, suara Asmidar memang best bawak lagi Percayalah tu!!! Cayalah!!! Suara Indah pun Indah tapi macam nipis lak, tapi high note adik memang best!! Asmida, patut diberi lagu camni la pun, feel je dengar. Suara weight best. Zainal Abidin masih berbisa wehh!!! memang sedap suara. Liza Hanim? Nora, ni yang dinamakan Otai Masih Berbisa!!! Nora, tinggi nau sore awak... Persembahan last tu, Magis Alam, semua tengok telepromter, nampak sangat tak hafal lirik. Nak-nak si Ayu Damit tu, suara best, tapi feel kurang sebab lantak nak tengok lirik. Siti Sarah? cantik dah!!! makin kurus.. suara pun masih sedap!!! Salamiah Hassan, memang best! Ratu Jingle yang memberikan persembahan terbahek!!! deabak!! Dayang, tak yah cakap la Dayang, kehebatan memang diakui, lagu Di Pintu Syurga tu memang tinggi, nak-nak part last, sapa boleh sustain note camtu? huuu.. overall, persembahan memang best, cuma transition dari lagu Untukmu Ibu ke Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang tu memang EPIC FAIL! Sedih yang hamat ke gumbira lompat-lompat? apakah??? pening deknon jap.. Dina! awak patut ada persembahan khas dengan Kak Dibah! sekian!

10. Dah, nak masak lah, tahniah AAron Aziz... comel je nak nangies kan? Ingat tak famous dah la tu... Fear Factor membantu awak dan drama dan filem tahun lepas banyak menaikkan nama awak wehhh...

Assalamualaikum WBT

p/s: suka tengok artis-artis fefeling USA,... kelakar. 

2 comments:

  1. Bg ak buat kt picc cm xbest. And bnyk kusi kosong. N pgcra krg meriahkan suasana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah, aku rasa okay je, pernah tengok BAFTA Awards? Takde kinja-kinja, tapi tetap cantik dan smooth suka tengok. Lawak bijak tapi tetap lawak. PICC okay, but since the awards tu dipinda, agaknya clash la dengan jadual semua... jadi susah la sikit... pengacara tu aku setuju... hahaha.. aku nak Raja Azura dan Sh. Shahira balik!!! please!!!

      Delete