Nuffnang Ads

Wednesday, May 7, 2014

Apabila Janji TIDAK Ditepati...

Assalamualaikum WBT,


Apa khabar semua? Untuk entry kali ini, saya nak bawakan sedikit ke arah politik. Politik kat Malaysia ni not dying tapi more to ridiculous. Tu je, tak gila tapi mental. Got it kan?

Pernah dengar tak word "Kroni"? Haa.. kroni,... tau kan apa maksud kroni. 

Saya pun tak tahu dari mana datang perkataan Kroni ni, tapi yang paling penting, dalam parti politik, KRONI memang memainkan peranan penting dalam 'kejayaan' sesebuah parti atau perancangan. Iya, jangan ingat parti yang korang 'diami' dan 'perjuang' tu takde istilah kroni, sebab apa? Semua ada kroni. Yup, ada.

Dari sekecil-kecil kawasan ke sebesar-besar kawasan, ada kroni. Kalau nak tengok kroni ni, mintaklah minit mesyuarat sesebuah tempat tu, tengok, kalau ada nama ayah mereka sama ke, tu kroni lah, TETAPI tak semua, sebab ada juga yang boleh buat kerja, walaupun duduk bersama kroni-kroni. Macamtulah.

Then, lagi satu, sebagai contoh lah eh, Si A janjikan macam-macam kalau Si A dapat pegang sesuatu position dalam sesebuah parti, or bahagian, or kawasan, tetapi setelah 5 tahun aka 1 penggal, takde apa-apa pun. Agaknya sapa yang kurang bijak? Si A atau pengundi? Kan? Tapi iya lah, mesti lah yang mengundi inginkan sesuatu dari si A walaupun Si A takde pape pun bagi.

Sebagai contoh lagi, bagi contoh yang munasabah lah kan, senang di fahami. Si A menjanjikan 5 buah komputer untuk memudahkan pengundi di sesuatu tempat untuk, mungkin untuk celik IT, katanya kan, tetapi selepas 5 tahun, yillek, takde apa? Agaknya,,, ada lagi ke orang nak percaya. Haaaa.. di sini peranan kroni memainkan peranan penting, di mana, kronilah yang akan menegakkan benang yang basah walaupun benang tersebut memang dah tunduk ke muka bumi dengan sebasah-basahnya. Hebat bukan peranan kroni? Memang hebat. Mereka seolah-olah berjuang membabi-buta semata-mata hendak menaikkan seseorang tanpa melihatkan potensi yang ada pada sesorang calon tersebut.

Nak jatuhkan orang ini, nak buang orang itu, tak nak undi orang ini, tak nak jasa baik orang itu, tup tup, nak mintak 'sedekah' dari Dato' ini, Dato' itu, yang hebatnya Dato'-Dato' tu orang yang mereka TENTANG? Tak ke kurang bijak itu? hahahha..

Kadang-kadang menyampah pun ada, naik geram pun ada. Tapi kat kampung saya ni, okay kot, takde perihal macam yang saya sebutkan ni. Kalau ada mungkinlah kes terpencil. Hahahhahaha...

Baiklah, cakap banyak pun tak guna, hari tetap panas, kan?

Dah lah, kalau ada orang baca tentang ni kan best, bukan apa, at least, sampai maklumat yang hendak di sampaikan. Itu belum masuk hal pilihanraya, kecil ke besar ke, hebat woooo... sedara mara dari jauh balik kampung nak mengundi. Eh? Bukan pilihanraya, pemilihan bahagian. hahahaha.. hebat, wa rasa kagum dengan kehebatan sesetengah orang. Iya lah, beribu batu jauh boleh balik, lepas terpilih, hilang, dah kali tempat mesyuarat kosong. Kesian.

Nasib baiklah saya tak mendaftar mana-mana parti, mungkin mendaftar parti bukan kerajaan? kot? Ikut potensi? ke tak payah mendaftar terus kan... ke camne? ke apa ke? ke?

Assalamualaikum WBT

p/s: panas lang gemelang woi...

2 comments:

  1. haha..pandangan politik memang pelbagai. yang lemahnya orang kita bukan nak meraikan perbezaan pendapat tapi lebih kepada menafikan pendapat yang bercanggah dari pendapat kita. Tapi its kinda funny though how political views discussed in Malaysia. Pape pun, jom tengok street photography gallery saya kat http://stanzaku.blogspot.com ...baru belajar. segala komen dan kritik amat diperlukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. Khamsi Abdullah, tu lah kan..takpe lah, biasalah pon...

      Delete