Nuffnang Ads

Thursday, May 22, 2014

Chawan, Bangsar! Sedap wooo...

Assalamualaikum WBT,

Apakah khabar anda di sana? *ayat kad raya ala-ala 80-an.

Tak sabar nak hantar kad raya, Tahun ni aku memang nak hantar kad raya! like seriously! seriously! sama-sama yang nak turut serta, jom kita semarakkan hari raya dengan kehadiran kad raya!! *over sangat, takde pose lagi pun!! hahahahha..takde niat baik kan?

Baik, sementara saya di Bangsar aritu, saya dengan cousin ada pergi ke satu Restaurant ni... entah nak panggil Restaurant or Kopitiam, mana-mana lah, nanti saya bagi gambar. Masuk satu dah dalam kol 11 kot, or 10 malam, tak ingat.

Cam biasa la, masuk, then duduk, then waiter bagi menu. Tengok je menu, biasa lah, mee bagai-bagai, tetapi!!! ada satu menu yang memang menarik perhatian saya. Ala-ala kampung sikit, saya pun memang budak kampung, iya!! saya bangga! 

Tau tak menu apa yang buatkan saya overly excited tu?? Tau tak? tau tak??? Menunya adalahhhhh...

Ubi Kayu Rebus!!!

Kaw teow excited wehhhh... memang terus order! Rasa? tau tak rasanya?? sedap gila!! bayangkan ubi kayu rebus makan dengan sambal dan kelapa... camne?? memang best woooo... hujan renyai-renyai, ala-ala duduk kampung *walaupun bandar Bangsar tu... perghh!!! memang terhebat! Panas gak lah, tapi takde la macam panas-panas duduk kampung tu, kalau duduk kampung, Ubi kayu tu memang panas la sebab baru masak kan? hehe...

Eh, lupa lak nak bagi nama kedai tu, nama restaurant/kopitiam/kedai tu adalahhhh... 



CHAWAN!!! 

saya minum kat Chawan Bangsar... hehehehe.. sedap, kalau korang nak cuba, pergi lah, no hal, harga pun berpatutan, makanlah agak-agak, kalau makan satu kedai tu, mintak kaki saya tu, hahaha...

ni alamat dia..

69 Jalan Telawi 3, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia  
+60 3-2287 5507


Sedap, tolonglah pergi, kalau nak murah-murah sikit, nanti saya cerita lagi, ada 3 kedai mamak yang selalu kami makan kat Bangsar tu...hehehe..

Assalamualaikum WBT

p/s: kesedapan sangat...

2 comments:

  1. Sib baik SA x leh mkn ubi kayu..kalau x dh mintak belanja dh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa lak SA takley makan? angin eh? takpe2.. makan menu lain, banyak lagi menu lain kat situ.. hahaha

      Delete