Nuffnang Ads

Saturday, May 24, 2014

Entry Sangkut : Ketiadaan Talian Telefon Di Kampung Jenud.

Assalamualaikum WBT,
 

Masih berkisar tentang talian komunikasi di tempat saya ni. Saya tak kisah kalau tulis bab-bab macamni, saya cukup suka sebab apa, kalau saya tulis, at least kalau dapat manfaatnya, orang lain pun dapat jugak, Senang kan buat pahala? Islam kan amalkan, 

Buat baik kat orang, orang lain dapat pahala, kita pun dapat pahala.
Buat jahat sendiri-sendiri. 

Gitu ar. Baik, hari ni saya baru je lepas email kepada Sinar Harian Pahang untuk menyatakan ketidakpuashatian mengenai ketiadaan talian komunikasi di Kampung Jenud dan sekitarnya. Baik, susah sebenarnya kalau takde talian telefon ni, susah yang hamat.

Bayangkan cakap menjerit-jerit tapi takde apa yang didengari? Bodoh kan? Rasa bodoh tak? Sangat bodoh sebab kerajaan lebih rela tingkatkan apa yang orang nak tengok berbanding apa yang rakyat ingin tingkatkan. Pening kepala.

Dah la harga getah jatuh merundum dan takde pape pun sampai sekarang untuk menyelesaikan masalah ni. Agaknya sama la macam petroleum yang akan hilang isunya dengan jawapan,

"Harga petroleum bukan bergantung kepada kita, kita ikut harga minyak dunia".

Tup tup, harga minyak naik, kita pun naik juga, sebab apa? sebab nak apply rasionalisasi subisidi. Pening gak kepala fasal tu. Ups, sorry rasionalisasi subsidi tu lebih dilebihkan kepada gula kan? Ke sama je? hahahha.. tengok, pening langsung! 

Malas nak baca fasal minyak, kena baca jugak, nanti ditanya, ternganga. Nak kata bantah, mintak keje dengan kerajaan, terpaksa la berpura-pura untuk itu. hihu..

Baik, berbalik kepada talian komunikasi tadi, iya, memang susah kalau takde talian komunikasi ni. Kalau macam saya ni, saya bergantung penuh kepada perkhidmatan Kampung Tanpa Wayar yang ada, tetapi macam semalam, langsung tak boleh connect sebab memang tak boleh, saya sendiri tak tau kenapa. dan tadi anak sedara saya cakap, even pencawang talian komunikasi yang terletak dari Jerkoh tu pun mempunyai masalah di mana kalau nak connect Mobile Data, terus takde signal/talian. Apakah itu yang dicanangkan oleh sekalian services providers yang mengatakan bahawa syarikat mereka membekalkan talian hebat sampai ke seluruh Malaysia? Kelakar sangat.

Macam saya, saya menggunakan fixed line dari UMobile tetapi ia plan murah la tapi kadang-kadang RM50 juga sebulan, kalau saya baca hanya RM30 *plan murah tetapi tidak dapat apa yang dijanjikan apakah ia berbaloi? Jikalau itu plan paling murah jika dibandingkan dengan plan-plan lain, adakah saya perlu bayar lebih untuk plan dari syarikat komunikasi lain tetapi dengan service yang sama? Sucks kan? 

Bila cakap macamni ada suara-suara sumbang sumbing kata kita tak bersyukur. Nak buat panggilan keluar pun payah, nak terima panggilan apatah lagi. Kesian woi, tak kesian ke? Email saya dah hantar kepada ADUN di Raub ni yang BN lah sebab saya juga sokong BN tapi tak melulu macam setengah orang, saya hendakkan perubahan dalam BN itu sendiri, tolonglah menjadi lebih baik, bukan menjadi lebih teruk. Saya maklum politik itu kotor tapi tolonglah, tolonglah, fikir apa yang baik untuk rakyat. Tolonglah.

Assalamualaikum WBT

p/s: Ada mak cik ni suka stalk FB orang then tanya orang ni orang tu yang orang ni pro ke pembangkang. Bodoh mak cik ni sebab mak cik ni penyokong parti taksub sangat, agaknya kalau orang besar suruh makan taik, mak cik tu mesti cakap, "berapa kilo kena makan ni?" euw! habat sangat..

2 comments:

  1. salam.. tumpang tanya..kat jenud ada da ke line yg boleh guna skrang? nk tukar line makcik sy tggal kat sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah la Jazzy, maklumnya sekarang ni masihlah takde full line, mungkin Jazzy boleh tulis surat kepada syarikat telekomunikasi untuk permasalahan ini.

      Delete