Nuffnang Ads

Thursday, May 8, 2014

Harga Getah Jatuh Merudum.

Assalamualaikum WBT,


Saya bukan nak membenci ke apa, orang pun cakap kalau tak puashati kita kena luahkan. Jadi, mungkin ini adalah cara saya meluahkan ketidakpuashatian. *panjang.

Bismillahi rahmani rahim...

Seperti mana yang kita semua maklum, sekarang adalah harga getah turun dengan mendadak. Ia seolah-olah memberikan petanda bahawa harga getah tidak akan naik dalam masa sekejap ini. Kenapa? Kenapa harga getah begitu hebat turunnya? Itu saya sendiri tidak mengetahuinnya. 

Namun, jikalau dilihatkan pekebun kecil sekarang ini, mereka sengsara sebenarnya. Bayangkan bagi mereka yang mempunyai anak ramai dan kena diberi makan dan bergantung hidup kepada pokok getah, kalau pokok getah sendiri, takpe. Jikalau pokok getah orang lain punya dan mereka terpaksa bahagi dua hasilnya macamne? 

Mari saya perlihatkan sedikit kira-kira.

Ali menjual getah hasil dua minggu menoreh, tetapi Ali hanya menggunakan sistem "1 hari potong rehat 2 hari", jadi, dua minggu lebih kurang 4-5 hari Ali menoreh getah. Itu belum tolak hari hujan. Kalau hari hujan, Ali tidak boleh menoreh getah disebabkan pokok getah basah. Ali mempunyai kebun getah seluas 3 ekar dengan lebih kurang 300-400 pokok getah. Jadi kemungkinan hasil setelah dua minggu menoreh adalah 200 kilogram. Dengan harga waktu ini RM 2.20 sen, maka ia perlu didarab.

200 kg x RM2.20 = RM 440.00

Ali memperolehi hasil RM 440.00 untuk tempoh dua minggu. Jadi secara tidak langsung, Ali mendapat RM 960.00 sebulan. Itu jikalau Ali tidak sakit, hari tidak hujan. Buatkan hari hujan dan Ali sakit, sudah tentu pendapatan Ali untuk bulan itu berkurangan bukan? Tambahan dengan harga getah yang semakin menurun, pasti akan semakin berkurangan pendapatan Ali. Jadi, apakah penyelesaian yang Ali boleh lakukan?

Haa.. inilah penyelesaian yang harus pekebun kecil yang ada di seluruh Malaysia fikirkan. Tetapi, adakah ini seharusnya difikirkan oleh HANYA pekebun kecil? Atau kerajaan juga perlu masuk campur dalam CUBA menaikkan kembali harga komoditi getah yang semakin membimbangkan?

Itu terpulanglah kepada yang memikirkannya. Jikalau entry dan pemikiran saya ini dicop sebagai tidak bersyukur kepada kerajaan dengan mengatakan bahawa saya adalah pembangkang, terpulang, itu pemikiran anda pula. Entry ini ditulis semata-mata untuk meluahkan rasa-rasa yang juga ada pada ahli pekebun kecil. Bagi yang makin gaji, mungkin senang, tiada istilah turun naik gaji pada pihak anda. Tetapi ini pekebun kecil yang bekerja menoreh getah dan bergantung hidup kepada pokok getah.

Bagi orang yang berniaga, sudah pasti mereka berkata,

"jom lah buat perniagaan dengan kami, sudah pasti anda akan senang".

Jangan bongkak, berdosa. Cuba bayangkan mereka yang sudah berpuluh tahun menoreh getah, tiada kemahiran lain SELAIN menoreh getah? Apa agaknya yang mereka fikirkan?

Terdengar saya satu percakapan yang dicakapkan oleh seseorang yang juga penoreh getah,

"Kalau harga 80 sen pun, nak buat macamne tetap kena jual".

Macamne tu?

Senang bagi agensi-agensi,

"kita akan bagi bantuan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat dan menaikkan lagi ekonomi masyarakat. Dan kita minta pekebun-pekebun kecil ini supaya melakukan perkerjaan lain boleh mendapatkan pendapatan".

Macamne tu?

Tidak ke dari pihak kerajaan negeri dan persekutuan untuk mencari jalan bagi menyelesaikan permasalahan keturunan harga getah ini? Entah, in shaa Allah, saya akan cuba dapatkan jawapan tersebut dari Exco Kerajaan Negeri Pahang serta mungkin Kementerian. *email sahaja.

Luahan hati saya.

Assalamualaikum WBT

p/s: akan bersambung lagi...

No comments:

Post a Comment