Nuffnang Ads

Thursday, May 8, 2014

Majlis Kasihi Pekebun dan Beramah Mesra Bersama Pemimpin RISDA.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? Pepagi ni saya nak update mengenai satu program yang saya sendiri sedang hadiri, gitu. Hahahaha.. *fefeling wartawan sekejap.. wahahaha.. informally reporting the report on event. Katanya..

Okay, sapa tau apa itu RISDA? ha.. kenapa yang tak tau, tolonglah Google, kalau tak berkaitan dengan RISDA pun, at least for your own knowledge kan..

Baik, sekarang saya sedang hadiri Majlis Kasihi Pekebun & Beramah Mesra Bersama Pemimpin. Kalau ada sesi soal jawab, saya nak tanya,

'Apa tindakan atau langkah yang RISDA ambil bagi menangani kejatuhan harga getah sekarang dan apakah cadangan RISDA bagi pekebun kecil yang bergantung hidup terhadap tanaman getah buat keadaan masa ini?"

Haaa.. sebab apa? Harga getah sekarang sedang jatuh, RM 2.18 bukanlah suasana elok untuk menjalankan GST seperti mana yang diperkatakan oleh pihak kerajaan.

Katanya ekonomi kukuh, dari segi lain mungkin tapi sekarang ni, punca pendapatan pekebun kecil adalah mengurang dan ada sesetengah langsung hanya dapat menyokong sara hidup masing-masing sahaja.

Adakah ia mencukupi? Kalau ditanya memang tidak akan pernah mencukupi, tetapi jikalau ia langsung tidak dapat menyokong kehidupan sesebuah keluarga, apa gunanya bukan? Rugi.

Jadi...itu la hakikat masa sekarang ni. Huhuhu..

Dah la nak fokus lak, jap lagi saya update lagi. Sekarang ni tengah tunggu Dato' datang.

Assalamualaikum wbt

P/s: sebenarnya saya ganti ayah saya je.. hihu..

No comments:

Post a Comment