Nuffnang Ads

Tuesday, May 6, 2014

Mana datangnya IDEA?

Assalamualaikum WBT,

Orang selalu tanya dan saya sendiri selalu tertanya-tanya, 

"Kat manalah dapat idea mencurah-curah untuk menulis entry banyak tiap-tiap hari?"

Ha.. kalau jawapan orang lain saya tak tahu, tetapi, kalau jawapan saya, macamni,

Cuba bayangkan, kita menulis ni sambil kita bercakap, haa..bercakap. Kita nak cakap apa kat followers kita yang beribu tu, *bukan followers saya, saya sikit je followers. hehehe.. apa yang kita nak bagitahu kat dorang? 

Okay, awak ada rasa nak bagitahu fasal gossip lah hari ni, haa.. awak tulis la fasal gossip, tapi hati-hati, kita tak nak sampai menyebarkan berita yang tak best kan? Kalau nak bergossip yang sambil menyembulkan mata orang yang mendengar, carilah chatroom, jangan la sampai tulis benda-benda yang tidak menyenangkan. Gitu? Okay?

Then, petang lak awak rasa nak tulis fasal masakan, sebab awak baru je masak mee kari kol 5 petang tadi kan? hahaha.. then, awak tulis la fasal cara-cara dan bahan-bahan nak buat mee kari. Senang kan? Iyaa. senang kalau blog awak blog santai, tetapi kalau awak dah khususkan blog awak sebagai fashion blog, blog masakan, blog jahitan, hazab sikit lah, awak akan bermain dengan satu industri je.. hehehe..

Macam blog saya ni, variasi gak lah, takde lah hebat ponnn... biasa-biasa je. Tapi biasa-biasa pun tetap menulis kan? biasalah, bila terjebak dengan penulisan ni, jemari sentiasa je menari di atas keyboard. Kadang-kadang menari makyong, *slow sikit tapi habis, then kadang-kadang menari samba *laju sebab idea mencurah-curah. hahahha.. kadang macam lagu, ballad, rock, hip hop, k-pop dan lain-lain. Tapi tu lah, janji menulis kan? hehehe..

So, awak macamne? Dari mana awak dari sumber inspirasi? kalau saya dari pembacaan dan pemikiran kreatif dan kritis. Iya lah, kalau baca je tapi tak fikir, camne lah kan? hehehe.. tak menari samba la atas keyboard laptop.. kan?

Dah lah, rasanya banyak sungguh dah menulis ni... nak lunch pulak...


Assalamualaikum WBT

p/s:petang kang nak buat mee kari...

2 comments:

  1. Idea datang daripada sekeliling, kdg2 org banyk berjalan pun xde idea tp kadang-kadang yg x berjalan, tp mengadap situasi yang bermacam2 tu pulak yang banyak idea....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, tapi pada saya kebanyakkan idea datang dari pembacaan dan pemikiran, tu je lah, berjalan pun banyak idea kan, or tak, mungkin kekurangan idea sebab tenaga guna untuk melangkah.

      Delete