Nuffnang Ads

Thursday, May 22, 2014

Panda-money-um?

Assalamualaikum WBT,



Heboh weh citer fasal panda. Haa.. yang ada a little bit black, a little bit white and its Asian. hihu.. pernah dengar lawak tu kan? hihu.. panda, panda.

Saya bukan la percaya sangat tentang khabar angin ni, tapi apa yang telah menjadi viral dalam Facebook dan di mana-mana ni sudah memang jelas terpampang rasa tidak kepastian tentang KOS sebenarnya DUA ekor panda dari China tu. Adakah benda kos tersebut, atau ia kurang atau lebih? Tiada sapa tahu hal sebenarnya melainkan DS Najib sendiri.

Bolehkah kita mendapatkan kepastian dari pihak yang berwajib? Adakah benar kos RM25 juta untuk satu ekor panda tersebut? Kalau dua? Apakah ia benar? Banyak nau duit Malaysia ni lagi?

Sedangkan tempat saya ni takde line telefon? 

Iyaaa.. saya paham, apalah sangat kampung saya dan kampung-kampung lain yang ada kat Malaysia jika hendak dibandingkan dengan panda DUA ekor tu kan? apa nama mereka? Fuwa? entah, maaf, saya tak tahu pun. Tahu-tahu panda dua ekor tu dah ada kat Malaysia.

Agaknya apa sebab sebenar dua ekor panda tu dibawa ke Malaysia ni. Nak ikutkan, mana boleh pegang panda tu, mana boleh belai-belai ke. Kat China pun tak boleh, inikan pulak kat Malaysia dan dijangkakan El Nino akan melanda tak lama lagi. Fuh deknon, nak termuntah mendengar kos elektrik yang akan melambung dek nak bagi panda dua ekor tu sejuk! Bijak? Patutlah ura-ura nak naikkan taarif elektrik tu. 

Nantikan je lah, walaupun tak jadi, katanya, tapi mungkin tahun depan ni? tak lama dah ni pun. huhuhu.. apakah ia naik dalam masa terdekat? memang tak lah sebab panda ada. 

Apa-apa pun saya mintak lah sangat tak lama panda tu kat Malaysia ni, bukan apa, ramai lagi MANUSIA yang perlukan bantuan kehidupan tu. Iya, memang panda tu HAIWAN yang mengalami kepupusan, apakah dengan membawa PANDA ke Malaysia, ia dapat mating dan melahirkan anak? Apakah? Pening.

Dengar kata panda makan buluh sahaja, ia tak makan nasi serta kangkung, jadi kos import makanan dari China tu? Free la? ke? Dengar kata ia makan banyak. Mampus. Kesian panda, kena makan kangkung. Dah mengarut.

Plus, ini yang dikatakan oleh orang...

Panda adalah...
"Mean-spirited, mate-abusing, progeny-mauling, deviant monsters," is the way he described them. There's also the far murkier issue of the so-called "panda curse."
 
Tolonglah baca Washington Post ni!!! PLease.. LINK 

Assalamualaikum WBT

p/s: Kiut je panda tu.

2 comments:

  1. Diaekor akan stay kt Malaysia selama 10 tahun. insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. predict lama.. in shaa Allah, moga2 takde apa2 terjadi kepada dua ekor panda tu.... semoga sihat.

      Delete