Nuffnang Ads

Thursday, May 22, 2014

Penduduk Takde Line Telefon? Pfffttt....tell me about it?

Assalamualaikum WBT,



Apa khabar anda semua? Susah lah sekarang ni nak post itu ini kat blog ni, connection takde, so! adakah saya patut buat draft dan automatik save? Saya akan consider benda tu nanti... tapi buat masa sekarang ni, saya nak berleter lagi fasal ada satu benda ni...

Semalam saya beli Sinar Harian Pahang dan di section Raub ada memaparkan satu artikel fasal Penduduk Kuala Keloi yang ketiadaan line/signal telefon dan mereka tidak boleh membuat panggilan atau menerima panggilan masuk untuk hampir 2 minggu. Hebat bukan? Itu baru dua minggu dan masuk Sinar Harian, yang kami ni almost hari-hari takde line, takde lak orang nak amik tau...

Adakah saya perlu menyalak ke sinar harian atau stesen tv di Malaysia? Mungkin perlu kot sebab nak ikutkan kat Malaysia ni Kerajaan boleh diibaratkan sebagai Tuan yang memerlukan kita sebagai Rakyat untuk dijaga baik. Walau disepak ditendang, kita perlu patuh untuk mendapatkan sesuap nasi? Begitu? Agaknya kalau ramai-ramai betul-betul bersatu, kemungkinan Tuannya akan sedar kot bahawa kita ni adalah manusia, bukan haiwan.

Saya dah cuba usahakan benda ni untuk kampung saya, tapi tu lah, masih blur, Never mind, saya akan cuba lagi untuk menyelesaikan masalah ni, at least adalah benda yang boleh dibanggakan, kan? huhu...

Dah, nak email several places fasal hal ni.

Assalamaulaikum WBT

p/s: kasar sikit, tapi masih sopan.

2 comments:

  1. try complaint dalam newspapers, sure ada tindakan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...nak kena betul-betul ni... :) aritu dah komplen kat SKMM, tapi SKMM suruh buat aduan ke service provider untuk memaklumkan perkara ni. Well, I need to do it now..thanks.

      Delete