Nuffnang Ads

Tuesday, May 20, 2014

Pengalaman Pelik Tapi Benar Di Hari Selasa!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? mesti ada yang tak sihat kan Sebab apa? Sebab terkena hujan. hohoho... iya laaaa... hujan je pepetang ni. Semua rasa cam sejuk je kan? hehhe... duduk dalam selimut sambil tengok tv then makan biskut kering, sedap!!!

Korang buat apa tadi?

Saya baru je balik dari KL, hihu... dalam bas ada scene, orang buat drama.. peluk-peluk depan mata saya. Bukan nak judge ke apa, *bukan nak judge tapi kekonfirm judge jugak kan? hahahaa...  boleh pakwe makwe peluk-peluk depan ku, then konon-kononnya lentok-lentok tido. Ya Ampun, nasib baik tak buta mata ni. huhuhu, kalau bute tengok benda-benda camni, dah la da kot agaknya kebutaan. hahahaha!!! Tapi lantak la, sejuk sangat kot bas tadi tu,.. tapi yang peliknya, yang si makwe tu jauh la dari cantik...huuuuuu.. yang pakwe tu, tahi lalat penuh, ala-ala sharifah aini.. hahahha..

Sudah la mengutuknya.. next!!

Tadi ada gak scene hebat, rasa cam duduk dalam filim. Pemandu teksi tu bole bergaduh. Seyes! memang epic kaw teow!!! hahahha... siap tunjuk-tunjuk. Bayangkan dua buat kecil lelaki bergaduh sebab mainan patah ke apa ke, tunjuk-tunjuk camtu. hahahhaha... bayangkan!!! bayangkan!!! tapi versi besar, cina dan kasar. Haaa..camtulah..

Next!!
http://pureglutton.blogspot.com/2010/06/sambal-hijau-delicious-kampung-cuisine.html
Tadi sebelum balik, saya dengan sepupu makan dekat satu restoran ni... sedap!!! Nak tahu kedai apakan? Orang Damansara mesti tau, orang yang kerja kat Damansara mesti tau lah... sebab ia memang famous ya amat.. seriously!!! memang famous... Restoran tersebut adalahhhhhhh... Sambal Hijau!!! yang terletak di Sungai Penchala, Damansara. Lauknyaaa... banyak giloss!!! tadi kami siap jumpa Azlee Senario lagi... hahahahaha...  tak tegur la.. bukan apa, dikenali tapi tak popular. Bukan besar hati, tapi kita datang kedai tu nak makan kan, tengok-tengok camtu je la...dia pun datang kedai tu nak makan, so, what do you expect kan? well, one thing, he was quite lout. hohoho... ni alamatnya...
http://pureglutton.blogspot.com/2010/06/sambal-hijau-delicious-kampung-cuisine.html
Jalan Sungai Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Then apa lagi.... tu je untuk hari ni, esok-lusa saya cerita restoran lain lagi, esok! saya citer fasal Chawan, Bangsar dan ada menu yang saya suka! 

Assalamualaikum WBT

p/s: sejuk, rasa cam duduk luar negara lak...

No comments:

Post a Comment