Nuffnang Ads

Wednesday, May 7, 2014

Pilihan Akhbar Anda.

Assalamualaikum WBT,


Apa khabar semua? Sihat kan? Hati-hati dan banyakkan minum air masak sebab cuaca sekarang ni memang tak menentu, saya ni rasa macam nak demam dan rasa nak batuk-batuk. Cuaca ni... kena hati-hati okay? Tambahan pulak saya banyak sangat alahannya.. iyaaa... nanti lah cerita.

Baik, untuk entry kali ni, saya nak utarakan pilihan akhbar. Saya pernah buat dah dulu, tapi kali ni saya nak tulis lagi, bagi penerangan ala-ala mudah, senang, cepat, mesra gitu. hahaha..

Okay, saya ni kiranya, pembaca akhbar jugak lah, saya lebih suka baca surat khabar dari yang online tu, sebab ia kadang-kadang memeningkan kepala dan menyakitkan mata dengan iklan yang berlambak-lambak sampai melambatkan loading.

So, pilihan tetap surat khabar yang boleh disentuh dan boleh ditengok-tengok bila-bila masa hati rasa. Kan? Camtulah. Tapi surat khabar sekarang kena hati-hati baca, sebab tak semua boleh dibaca dan terus dipercayai, kena baca banyak baru boleh dipercayai.

Kalau saya, saya akan beli beberapa surat khabar, Sinar Harian, Berita Harian, Harian Metro, NST, the Star (kadang-kadang).

Haa... ini lah sumber saya. hihu... internet tu pun sumber jugak, tapi itu lebih kepada sumber international, sebab dari internet dapat sumber international, takdenya jual Daily UK kat Malaysia ni kan? hehehe..

Baik, mari saya letakkan tagline surat khabar ni dulu...

Sinar Harian : TELUS & TULUS
Berita Harian : MERENTAS GENERASI
Harian Metro : Rakyat Berilmu Pemacu Negara Maju

Kalau ikut saya pulak, saya akan baca Harian Metro untuk berita-berita yang agak pelik, mintak kaki, mintak tampar, mintak cubit sebab apa? Sebab most of the news in Harian Metro ni pelik-pelik dan kadang-kadang paling banyak typo, dalam Harian Metro lah. Entah kenapa, saya pun tak tahu. Tapi best la baca Harian Metro, boleh gelak-gelak.

Berita Harian : untuk Berita Harian pulak, sumber ni boleh jugak lah dipercayai tapi kita semua tahu kan, Berita Harian pun agak biased juga kepada kerajaan iya lah, dulu Tun Mahathir ada buat lesen untuk surat khabar untuk mengelakkan sebarang dakwaan or tulisan tidak menarik terhadap kerajaan, jadi, kena la tulis elok-elok kan untuk mengelakkan lesen tak boleh renew.. gitu.

Sinar Harian pulak adalah akhbar yang pada saya perlu diberikan perhatian buat masa kini. bukan apa, pada saya lah, Sinar Harian adalah surat khabar yang agak neutral dan tidak berat sebelah kepada mana-mana pihak (parti). Jadi, kalau nak baca, bacalah Sinar Harian, yang lain pun boleh baca, tapi janji jangan percaya bulat-bulat sebab takut pening dan taksub. Kita ni kenalah pandai mencari sumber untuk dibaca. Kalau ditanya kijing selubuk, memang payah.

Dah lah, mengarut lak kang.

Assalamualaikum WBT

p/s: Pink - Leaving You For The Last Time.

No comments:

Post a Comment