Nuffnang Ads

Friday, May 9, 2014

Privacy katanya!!

Assalamualaikum wbt,
jangan baca blog ai camni sudah...hehe
Apa khabar agaknya semua di petang Jumaat yang agak hangat ni? Sihat? Alhamdulillah, kalau sihat, kalau kurang sihat, banyakkan berehat okay?

Semua nampak tak trend artis sekarang? 

Post gambar yang agak janggal dan boleh menimbulkan keraguan - jadi hits dalam kalangan orang ramai - orang ramai kata salah dan tidak sesuai dengan adat ketimuran - artis cakap takde masalah - ada lagi orang hentam - "Maafkan saya, saya baru belajar dan saya tak tau adat bla bla bla".

Jawapan saya? Adoiyai.

Iyaaa.. semua orang buat salah, tapi mengaku kesalahan bukan perkara yang senang bukan?

Saya pun begitu juga, buat salah, nak-nak dengan Allah SWT, itu memang ramai je orang buat kan? Tapi yang baiknya dengan Allah SWT, kita boleh minta maaf, tapi kalau salah dengan orang ramai? Camne? huhuhu...


Jadi orang popular ni lagi lah,. cepat je dijudge orang ramai, bukan apa, awak public figure senang dijudge dan privacy adalah harga yang awak perlu bayar untuk populariti. kalau awak terkenal dan jadi public figure tapi sombong nak mampus, camne kan? rasa ada orang nak follow segala jadah IG awak? Takde, jangan risau, mungkin ada tapi semua tu heartless haters yang saje je nak sebarluar perangai awak.. kan? Tak gitu?

Tapi tu la, kita pun sebagai manusia, kalau rasa gambar yang kita nak post tu melanggar adat ketimuran, no! takyah lah pandang adat ketimuran tu, tegaskan keIslaman tu, kalau Islam lagi lah hebatnya kan, kalau timur ada je sopan timur yang tak sopan, kan? hihu... kalau Islam takde timur baratnya.. semua Islam je... betul tak?

So, kepada yang selalu post gambar yang pelik-pelik tu, heharap cecuba la fikir sebelum post. Okay? konon privacy untuk diri sendiri, kalau nak kongsi privacy awak kat laman sosial then bangkit fasal privacy, takke rasa pelik kan? nama laman social, tapi post untuk privacy, kongsi untuk peminat, katanya!!! hahahha.. padahal berapa ramai haters kat dalam followers awak tu.. adoiyai...pening.

Dah lah, letih menulis.. hehehe..

Assalamualaikum WBT

p/s: agaknya cara penulisan saya ni okay ke?

4 comments:

  1. I care about my privacy even though i'm not a public figure. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. cute,, hahaha.. i do care too, hihu, walaupun saya pun bukan public figure! hahaha

      Delete
  2. Replies
    1. wah! public figure komen kat blog saya... lama dah tak berlari ke?

      Delete