Nuffnang Ads

Thursday, May 8, 2014

Senario Penurunan Harga Getah Dari Pandangan Lembaga Getah Malaysia (LGM)

Assalamualaikum WBT,



Ingat tak tadi saya ada tulis fasal senario penurunan harga getah yang semakin meruncing, saya telah hantar email kepada Lembaga Getah Malaysia dan alhamdulillah, email saya telah dibalas dengan begitu cepat dan alhamdulillah, pertanyaan saya dijawab elok. 

Email yang saya hantar adalah begini,

Salam 1 Malaysia,

Saya Akmal bin Razlan dan saya ingin bertanya kepada KPKK mengenai penurunan harga getah yang amat membimbangkan pekebun-pekebun kecil sekarang ini.

Dengan RM 2.18 sekilogram ia amat membebankan pihak pekebun kecil, walaupun pelbagai bantuan diberikan oleh kerajaan kepada pekebun kecil (BR1M) namun ia seolah-olah tidak dapat menampun kehidupan para pekebun kecil yang rata-rata bergantung hidup kepada komoditi getah.

Oleh itu, suka saya bertanya, apakah tindakan dan langkah yang diambil oleh KPKK dalam menangani permasalahan ini dan adakah pihak KPKK akan mengambil langkah 'Tunggu dan Lihat' bagi permasalahan penurunan harga getah ini.

Sekian, terima kasih.
Dan seseorang telah menjawab email saya, terima kasih kepada yang menjawab.

Ini adalah jawapan beliau,

Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas. Terlebih dahulu, pihak kami mengucapkan terima kasih dengan email tuan seperti dibawah mengenai tren penurunan harga getah. 
Ingin saya maklumkan bahawa pihak Kementerian menyedari keadaan penurunan harga getah sekarang memberi kesan kepada pendapatan pekebun-pekebun kecil getah. Sehingga kini pihak kami  memantau tren kejatuhan harga getah asli sekarang.  Semenangnya kejatuhan harga getah diluar jangkaan semua pihak.  Sebagaimana yang kita sedia maklum, getah merupakan komoditi yang dipasarkan di pasaran antarabangsa.  Harga pasaran getah ditentukan oleh faktor penawaran dan permintaan komoditi tersebut. Pada masa ini didapati penawaran getah dipasaran lebih tinggi berbanding dengan permintaan oleh negara-negara pengguna.   Kami difahamkan ianya dikaitkan dengan permintaan getah yang rendah/menurun oleh China sebagai pengguna getah asli utama dan negara-negara lain seperti Jepun, Amerika dan Eropah.  Ini menyebabkan  stok simpanan getah yang berlebihan dipasaran getah dunia.   Keadaan ini juga diburukkan lagi dengan pertumbuhan ekonomi yang rendah dinegara-negara tersebut dan kedudukan pasaran saham dunia dan kejatuhan mata wang Amerika.  Dipasaran komoditi seperti TOCOM, para pembeli banyak membuat spekulasi harga dikaitkan dengan tren ekonomi dunia dan ini menyebabkan harga getah diperdagangkan di paras yang rendah.  Keadaan dijangka akan lebih terasa dengan cadangan Thailand untuk menjual stok simpanan getah sebanyak kira-kira 220,000 ton dalam sedikit masa lagi. 
Pihak kementerian dan agensi-agensi yang berkaitan seperti RISDA dan LGM sedang mengenalpasti langkah-langkah yang sesuai bagi mengurangkan kesan kejatuhan harga getah sekarang.  Beberapa cadangan bagi mengatasi perkara ini samada jangkamasa pendek dan jangkamasa panjang telah dikenalpasti  dan ianya masih diperingkat pertimbangan oleh pihak-pihak terlibat. Adalah diharapkan usaha-usaha yang akan dilaksanakan nanti akan dapat mengurangkan kesan kejatuhan harga getah sekarang.
Sekian, untuk makluman tuan.
Terima kasih
Dr Zakaria Abd Hadi
Setiausaha Bahagian
Kemajuan Getah dan Jathropha
Terima kasih kepada Dr. Zakaria Abd Hadi, Setiausaha Bahagian Kemajuan Getah dan Jathropha yang menjawab email saya. Iya, terima kasih saya ucapkan kepada yang menjawab ini.

Seperti mana yang saya telah utarakan, memang ada plan-plan yang dikemukan oleh RISDA *sebagai contoh, seperti mengutarakan supaya menjalankan perniagaan untuk dijadikan sumber pendapatan sampingan dan ada juga dijalankan di bawah kerajaan negeri, Kerajaan Negeri Pahang sebagai contohnya mengadakan Jelajah Informasi Usahawan Pahang peringkat daerah yang dianjurkan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dengan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM). Mereka mengadakan program untuk menyampaikan maklumat mengenai Keusahawanan dan ini amatlah baik bagi mengelakkan kebergantungan kepada komoditi getah.

Namun, jikalau semua ingin menjadi usahawan, peniaga, siapa yang ingin membeli?

Iya, mungkin pemikiran saya sedikit kolot dan tidak pandang kehadapan, mungkin, tapi setiap sesuatu ada pros and cons yang membolehkan kita berfikir. Jikalau program yang mentorship pun ada pros dan cons dan jikalau mereka ada masalah, mereka akan berbincang dengan mentor masing-masing bukan?

Sehubungan dengan itu juga, saya ada juga terdengar mak saya cakap tadi,

"ada mak cik ni cakap, kat pekan Benta tu, ramai penjual dari pembeli, orang nak beli tapi duit takde, alih-alih, bawak pegi bawak balik je la barang jualan".

Bagaimana pulak dengan situasi ini?

Mungkin ada yang mengatakan,

"Cuba ceburi bidang yang belum dibuat lagi oleh orang ramai, cuba buat inovasi".

Ya Allah, macamne nak buat inovasi, sedangkan mak cik yang jual kuih tu pun tahu buat kuih je? Nak pergi krusus frozen food? Pasarkan ke China? Are you kidding me kan?

Takpe lah, berbalik kepada langkah yang akan diambil oleh Kementerian bagi menangani harga getah ini, kita pulak tunggu dan lihat. Sementara itu, keep on rubber tapping dan in shaa Allah, berkat doa kita semua, semuanya akan kembali pulih, walaupun lambat, kita tetap akan tunggu bukan?

Ingat tak peristiwa 1998-1998 di mana ekonomi dunia jatuh teruk, dan harga komoditi juga jatuh teruk, saya masih ingat, pada masa itu, harga getah hanyalah RM 0.80 sekilogram, namun, ada BANYAK faktor lain yang membolehkan ketakatan hidup pada masa itu. Tidak ada kenaikan harga seperti zaman Najib ni. Tu jelah...

Assalamualaikum WBT

p/s: nampak mudah kan? susah wooo...

2 comments:

  1. Good action, Akmal, hope that "someone " notice this!

    ReplyDelete