Nuffnang Ads

Tuesday, June 10, 2014

Fynn Jamal, Sedang Terbang Tinggi dan Masih Menunduk.

Assalamualaikum WBT,


Apa khabar semua? Semua mesti dah tahu dan arif sangat dengan dua lagu dari seorang penyanyi ni. Penyanyi ni memang best dan secara jujurnya, saya baru je tahu kewujudan dia selepas lagu Arjuna Beta. Baik, mesti semua sudah dapat tangkapkan siapakah pelantun lagu Terbang Tunduk ni kan? Iyaa.. tidak lain tidak bukan, Fynn Jamal.

Masa saya mula-mula follow IG dia, dalam hati cakap,

"siapa lah perempuan ni, post gambar anak dia je? nama Juna lak tu, fefeling nau".

Itu masa mula-mula saya follow IG dia, masa tu sumpah tak tau dia penyanyi. Follow sebab dia buat #kokping tu yang dia review IG orang lain yang jual-jual barangan tu. Seyes, tapi bila dah lama-lama promosi dari tv dan radio lain, saya mula mendengar lirik ikhlas dari dua lagu ni, Arjuna Beta dan Terbang Tunduk.


Saya paling terkesan mendengar lagu Arjuna Beta. Liriknya sungguh mendalam. Ia seolah-olah membuatkan kita sendiri menjadi Arjuna. Iyaa.. secara jujurnya, kita semua adalah Arjuna. Paling hebat liriknya adalah, 

ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

Iya.. lirik ini adalah paling epik. Ya, kasih seorang ibu terhadap anaknya memang tidak tolok bandingnya. line "bonda takkan ada sentiasa" memang boleh menitiskan air mata. Seyes, saya dah lama tak mendengar lirik ikhlas dan lagu yang sungguh jujur selepas Adibah Noor Terlalu Istimewa. Sumpah boleh menitiskan air mata. Iya, walaupun lagu Fynn ni dibuat untuk Arjuna, anaknya, tetapi, kita semua boleh relate dengan lagu ini. Lagu ini sejujurnya adalah lagu kehidupan seorang anak dari mata seorang ibu yang lebih merasa ranjau hidup. Sungguh sedih, seperti semua kita. Siapa yang mampu menahan air mata saat kehilangan orang tersayang. Ya Allah...

Lagunya yang kedua adalah sebuah lagu yang lebih kepada menaikkan semangat. Semalam saya tengok Majalah 3 dan Fynn Jamal dan Ag Coco menciptakan lagu ini untuk Captain Dato' Halim Othman. Yup, sungguh menaikkan semangat. Dah lagunya sendiri sungguh seronok. Agak mengharukan. Lirik akhirnya, 

Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati.
 

Verse lagu ni lebih memohon kepada Tuhan supaya kekalkan tunduk walaupun terbang di awan biru. Mengikut penjelasan yang diberikan oleh Fynn Jamal sendiri dalam Majalah 3 semalam, dia cakap, 

"lagu Terbang Tunduk ini sendiri adalah diilhamkan dari kisah hidup Dato Halim sendiri. KIta semua tahu yang Dato' datang dari keluarga yang susah... dapat berjaya seperti ni menjadi sumber inspirasi kepada orang muda macam saya".

Yup, saya setuju sangat.

Dan kepada Fynn Jamal dan keluarga, saya juga pernah baca yang Fynn cakap, your dad cakap, kena cari kerja yang menjamin kehidupan, dan kalau nak main muzik boleh, tapi at least belajar sampai habis dulu. Muzik adalah sebagai part time. Bila dah stabil, baru lah buat full time dan buat bersungguh-sungguh.

Saya salute Fynn Jamal dan semoga dua lagu ini adalah lepas ke Anugerah Juara Lagu! Saya doakan Fynn berjaya dalam kehidupan dan industri seni suara ni. Dan please, tolonglah, tolong sangattt.. keep the ikhlasness dalam lirik, saya suka sangat yang itu. Jarang sangat dah pencipta lirik buat lirik ikhlas seperti ini. Terima kasih Fynn Jamal! 

Assalamualaikum WBT

p/s: biarpun lambat, tapi saya tetap nak update!

No comments:

Post a Comment