Nuffnang Ads

Friday, June 27, 2014

Kes Culik Di Malaysia? Adakah ia benar?

Assalamualaikum WBT,


Apa khabar semua? Sekarang tengah semarak kejadian kes culik kanak-kanak untuk organ untuk dijual di Malaysia. Jika hendak diikutkan, memang ramai dah kanak-kanak di Malaysia ni berstatus HILANG kerana tidak dapat dijumpai oleh mana-mana pihak. 

Ini saya ambil dari Utusan Malaysia, 18/11/2013.
"Daripada 5,445 kanak-kanak yang dilaporkan hilang dalam tempoh tiga tahun ini, hanya 2,366 orang berjaya ditemui semula iaitu 923 orang pada 2011, 896 (2011) dan 547 (Januari hingga September lalu).Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20131118/lk_01/Kes-kanak-kanak-hilang-membimbangkan#ixzz35pglfI2l
 Jikalau mengikut statistik ini, memang ramai kanak-kanak lain yang TIDAK DIJUMPAi iaitu seramai 3,079 kanak-kanak masih lagi HILANG. Baik, sebelum itu, jikalau anda ada masa untuk membaca link Utusan yang saya berikan diatas itu, definisi HILANG untuk sendiri adalah luas. 

Mengikut artikel tersebut, kanak-kanak perempuan yang mengikut teman lelakinya juga adalah diklasifikasikan sebagai HILANG, begitu juga kanak-kanak lelaki mahupun perempuan yang tidur dirumah kawan-kawan mereka dan tidak memaklumkan kepada keluarga BOLEH diklasifikasikan sebagai HILANG. Makanya, 

Juga,
Ketua Unit Seksual, Bahagian Jenayah Seksual dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Deputi Supritendan Zaiton Che Lah, menurutnya, statistik PDRM sejak 2011 sehingga September tahun ini mencatatkan 5,445 kes kanak-kanak hilang dan 23 orang lagi diculik.
Ini juga bermakna sehinnga tahun 2011, HANYA 23 orang sahaja kanak-kanak diklasifikasikan sebagai DICULIK. 
 
Dari Kosmo pula,
Menurut Pertubuhan Keselamatan Anak-Anak Malaysia (PaMa), statistik menunjukkan dari 1985 hingga Oktober 2011, sebanyak 17,088 kes kanak-kanak hilang dilaporkan.Daripada angka itu, hanya 6,944 orang dijumpai semula.Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1117&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm#ixzz35pk1rBaa
Saya cuba dapatkan maklumat daripada Pertubuhan Keselamatan Anak-anak Malaysia (PaMa) mengenai isu ini serta mungkin statistik yang mereka ada, namun, mereka hanya ada Facebook dan saya agak susah sikit nak hubungi mereka, namun, takpe, nanti saya cuba email mereka untuk mendapatkan feedback mereka mengenai hal ini.

Namun, apa yang saya cuba sampaikan di sini adalah, keselamatan anak-anak kita adalah sebenarnya tanggungjawab kita sendiri. Ia bermula dirumah dan dikuatkan di sekolah serta dalam masyarakat. Kita juga tidak boleh menyerahkan segala tugasan mendidik anak-anak tentang keselamatan kepada pendidik, kerajaan, serta komuniti. Kita sendiri, seharusnya menerapkan ciri-ciri keselamatan bagi kesedaran anak-anak itu sendiri.

Kita tidak boleh menjadikan negara maju di luar sana sebagai contoh utama, ini kerana untuk menjadikan mereka sebagai contoh, segala aspek perlu dianalisa terlebih dahulu supaya kita tidak menjadikan mereka sebagai contoh yang membabi-buta. Di negara maju macam-macam kesedaran ada, biarpun mereka dikatakan lebih racist *ada dengar-dengar, tapi kita pun kadang-kadang racist gak dengan bangsa sendiri, tak gitu? 

Jadi, lebih bertepatan dengan keadaan sekarang ini, kempen kesedaran adalah amat penting bagi meningkatkan lagi kesedaran para ibu bapa, ahli keluarga, masyarakat terhadap hal ini. Pihak polis juga perlu menjalankan rondaan secara lebih kerap untuk mengelakkan perkara sedemikian berlaku.

Seperti mana yang dikatakan berita palsu, dimana ada message serta Whatsapp yang mengatakan bahawa ada Van berwarna putih dijadikan sebagai tempat untuk menculik dan memotong badan kanak-kanak untuk diambil organnya. Itu yang saya faham, ia memang kedengaran amat menakutkan dan ada juga orang shared di Facebook mengatakan sedemikian rupa juga, memang amat menakutkan. Saya bergetar hati mendengarnya. Adakah ia benar-benar berlaku? Ada ia hanya satu khabar angin? Adakah ia satu taktik untuk menakut-nakutkan masyarakat? Itu saya tidak tahu, tetapi apa yang saya dapat rumuskan adalah, jikalau ia begini, keselamatan negara seharusnya lebih diperketatkan lagi.

Tetapi, apabila pihak Polis mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa ia adalah berita palsu, saya agak lega tetapi dalam hati berkata,

"Tidak semestinya ia palsu sekarang, ia tetap palsu pada masa hadapan, kita kena berjaga-jaga, mana tahu ada yang betul-betul ingin melakukan perkara ini. Kes culik pun dah banyak sangat berlaku sekarang, bahaya".

Iya, itu yang saya fikir. Jangan sampai berlaku satu kes baru hendak ambil tindakan, itu lagi akan membuatkan kita lebih rasa takut. 

Jadi, kepada mereka yang berwajib, janganlah ambil mudah khabar angin ini, rasa takut sudah ada dalam diri ibu bapa, jagalah keselamatan kami juga. Keselamatan negara semakin terancam, jadi, tolonglah, harmonikanlah ia kembali.

Assalamualaikum WBT

p/s: Always trust the injustice 'cause it's not going away - Lily Allen Hard Out Here

No comments:

Post a Comment