Nuffnang Ads

Wednesday, June 4, 2014

Tak Kisah Nak Unfriend Pun!

Assalamualaikum WBT,


 ni saya dengan Mila (regu badminton hebat!!)

Baik, hari ni saya nak tulis fasal Facebook.

Bukanlah saya ni mempunyai peminat yang ramai hamat, tetapi kawan yang ada di Facebook adalah agak ramai, alhamdulillah. Tetapi pernah tak berasa yang bila anda check friend list anda, ada yang terlepas dan bila anda check di profile mereka, ia menjadi,

"Add Friend".

Hebat bukan? hahaha... then anda sendiri terfikir,

"bila masa aku unfriend dia ni?"
"aku unfriend dia ke?"
or
"tak penting sangat dia ni kot, tapi kenapa dia unfriend aku?"

Haa.. persoalan ini akan terus menjadi persoalan sialan apabila anda terus menerus berfikiran yang bukan-bukan. Biar je lah, kalau dia nak add friend nanti, dia add lah, sebab kadang-kadang, there are things that we need to know and there are things that we should ignore.
 me. Madam Azizah and Madam Salina!! Cute

Hebat bukan? biasalah dunia ni, kadang-kadang ada je kita rasa diri kita ni macam dah baik, tapi malangnya, orang lain tak rasa macamtu, nak buat macamne. Redha dan redah je lah... bukan apa, tak semua orang mampu berkawan dengan kita, nak-nak kalau mempunyai mulut hebat macam saya ni. Memang boleh pilih kawan lah jawabnya...

Mulut lancang. Tapi ni nak cerita pulak, after a few interview, saya sudah sedikit berubah, I learned how to react and also I learned how to actually be nice. Iya lah, kalau nak ikutkan muka saya ni, memang agak sombong. Muka ketat kata mereka. Tapi bila dah kenal saya ni, saya ni adalah insan yang agak baik sebenarnya. Hihu, mulut lancang, tapi hati tak lancang.


 me. Debby (little gummy bear friend)

Bukan apa, hari tu saya pergi ujian khas ni, saya mampu untuk menegur fellow candidates yang ada datang pada hari tersebut, which perkara yang saya agak jarang buat lah... hahaha.. selalunya buat kerja sendiri, kununnya, but that day, I felt something, it was like I have this positive vibe that somehow made me ringan hati dan mulut untuk tegur orang lain. 

Saya juga ada a few new friends, tapi tak sempat amik number, sorang dari Perak, Kuala Lumpur, Johor dan Kelantan. And the best thing is, dorang ingat saya ni dari Kuala Lumpur, menangis weh. Saya anak jati Raub, Pahang. Lahir je di Kuala Lumpur, penampilan saya ni nampak macam orang Kuala Lumpur ke? saya cakap 'canggih' sangat ke? adoiyai.... kadang-kadang terasa alien lak kalau camtu... hahahha.. :P tapi apa-apa pun, lebih baik add friend di real life dari add friend di alam maya. Lebih telus dan lebih seronok.

Kepada yang terbaca blog saya ni, tulisan saya ni, bagus, feel free to email me to berkenalan. hahaha!! fefeling.

Assalamualaikum WBT

p/s: Nak kemas, esok nak bertolak ke Kuala Lumpur lak... daaa..

No comments:

Post a Comment