Nuffnang Ads

Tuesday, June 10, 2014

Tanda-tanda Kedatangan Bulan Suci, Ramadhan.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? semalam saya ada terbaca surat khabar Sinar Harian, tapi yang semalam punya semalam punya. Rasakan? Camne nak faham tu? hahahaha..

Then, dalam tulisan tu, ada menulis fasal Tanda-tanda Ramadhan.

Baik, tanda-tanda ini bukanlah tanda-tanda suci tetapi ia lebih kepada tanda-tanda yang dicipta manusia untuk menampakkan kedatangan bulan Ramadhan yang suci ini. Apakah tanda-tanda kedatangan bulan Ramadhan?

1. Bisikan Menggoda Jiwa Raga.

Bisikan ini memang menggoda, masakan ia tidak menggoda kerana yang membisikkan itu mengeluarkan suara seorang wanita yang sungguh mengasyikkan. Walaupun ia hanya seketika, tetapi jikalau sudah banyak kali ia dibisikkan secara menggoda, maka ramailah yang terpikat dan isteri-isteri serta wanita-wanita lain juga terpikat. Ia berbunyi begini,

"Yuuuussuufffff Taaaiiiyyyyooobbbb"

Bisikan ini sungguh mengasyikkan dan ia mampu menggoncang dunia. Ya Tuhan, lindungi lah kami dari bisikan ini.. hehehe...

2. Barangan Keperluan Susut.

Ini memang tidak dapat dinafikan, barangan keperluan 'mengurus'. Apakah barangan keperluan? Barangan keperluan yang dibincangkan adalah, minyak masak (plastik), gula, tepung. Tiga barangan ini memang berhantu. Kenapa ia berhantu? Baik, seperti mana kita tahu, di bulan Ramadhan ada tempat syurga makanan yang dinamakan Bazaar Ramadhan yang memang banyak menjual juadah makanan yang hebat-hebat. Ia memang menjadi satu kebanggaan rakyat Malaysia sejak dulu lagi tetapi sejak kebelakangan ini, ia seolah-olah menjadi kalendar tetap di dalam Tahun Melawat Malaysia.

Ada juga mereka yang datang dari luar negara menantikan Bazaar Ramadhan ini. Antara komen yang selalu didengari adalah,

"I love to be here in Malaysia during Ramadhan, I could eat lots of food and I love to see the Malaysians here in Bazaar Ramadhan."

dan,

"...to be here during bulan puasa ia precious. I can eat food."

Dah, wartawan suruh cakap bulan puasa kan? mat saleh tu kenalah cakap, nak buat macamne. hahahhaa.. Tapi tu lah, depa yang tak puasa takpe la cakap camtu, minum air sambil jalan dengan bazaar ramadhan tu pun selamba badak je. Kita ni? Takkan nak buat camtu kan? Dosa woooo... Berbalik kepada keperluan barangan tu, minyak, tepung dan gula. Memang berkurangan sebab rata-rata peniaga membuat pembelian tergesa sebab apa? Sebab dorang nak berniaga wehhhh... nak beli time Ramadhan nanti, takut habis, takde tepung,minyak dan gula, takde perniagaan. So, camne nak bayar duit pinjaman nanti? kan?

3. Cuaca Panas.

Telah diramalkan cuaca untuk 6 bulan kehadapan adalah panas melampau dan El Nino juga dijangka akan menyerang. Camne tu? Kenalah plan pemakanan semasa sahur kan? Kalau untuk orang Islam, di bulan Ramadhan, cuaca panas tu adalah sebagai ujian dan yang hebatnya Islam, walaupun cuaca panas, bila dibulan Ramadhan ni, ada rahmat yang susah nak diexplainkan dengan perkataan. Walaupun panas, tetapi rasa ingin minum tu kurang. Sumpah. Cuba puasa pada bulan tak puasa? Mampus melepek jeee... hahahaha.. mintak air lah, apa lah... please...

4. Lambakan rancangan Masakan menggoda.

Baik, ini adalah yang antara tanda yang paling hebat jugak. Dan yang paling dinantikan adalah Ketuk-ketuk Ramadhan dari Sheila Rusly yang memang dah dari dulu lagi ada di RTM 1. Rancangan yang memang mendapat perhatian ramai sebab ia mengadakan konsep terbuka sambil Kak Sheila bercakap, orang lalu lalang di belakang dan sebelum masak, pergi cari barangan untuk masak di pasar tani. Ia juga membawa message, kat pasar tani, barang tak mahal, jadi, bershopping lah di pasar tani. Okay? Then bila dah 15 Ramadhan, ini dah masuk petanda Raya la pulak, takpe, nanti saya cerita lain...

5. Iklan-iklan di Radio dan TV berasaskan Ramadhan.

Cuba tengok dan dengar iklan di TV dan Radio. Hebat bukan? Nak-nak TV, perghhh...iklan emas, iklan courts mammoth, apa lagi, macam-macam lagi.

"Promosi Ramadhan!!"

Katanyaaa... hahahha..padahal after less harga tetap sama. Camne tu? Kenapa nampak murah, sebab kita tak pernah pun tengok barangan tu dulu, dan kita takkan beli blender or kipas angin sampai 14 sekali beli kan? Nak buat apa banyak-banyak,. gitu? hahahaha... tapi apa-apa pun, petanda-petanda ni memang bagus, at least, membuatkan kita supaya lebih bersedia apabila Ramadhan menjengah nanti. Nak tak nak memang kita kena lalui. Kan?

Last but not least,

Persediaan dari mental, fizikal, duit dan hati kenalah kuat. Mari saya huraikan sikit.

Mental : otak kita kena kuat dan selalu remind diri di puasa pertama yang hari tu dah puasa, jangan nak menggatal minum air fresh oren tengahari nanti, Mintak tampar tu..tolong eh...

Fizikal : kuatkan diri dengan makan-makan yang baik supaya badan kita kuat untuk menempuh kehidupan seharian. Makan baik badan pun sihat. Tapi jangan pulak jugak makan time kol 3-4 kang! tu mintak penampar jepun!!!

Hati : Hati kena kuat untuk menolah dugaan, godaan di bulan Ramadhan. Jaga pancaindera anda. Jangan kalah dengan Nafsu, gitu!! 

Duit : haaa... ini memang faktor paling hebat sekali. Amacam? Duit BR1M ada lagi kan? Ingat tak BR1M? aah, yang DS Najib bagi tu dulu, ada lagi kan... haa.. itulah gunanyaa... meringankan beban kita di waktu kesusahan. Di Ramadhan kita disuruh bersederhana, jadi, seru saya, makanlah makanan yang korang sendiri masak. Boleh pergi Bazaar, tapi cuci mata je lah, kalau bawak duit pun, bawak je la RM20. hahaha... sekarang ada duit sekeping kan? Jadi, bawak duit tu, then buat bajet! Jangan makan ayam percik hari-hari. Dulu ayam percik RM7 kot, sekarang ni tak tau lah, maybe RM10 seketul. Mampus!!! hahahha.. air lagi? Minumlah air sirap je, takpun, buat sirap pandan guna gula batu. Sedap!!! woiiii..buat banyak-banyak pati tu, then time nak buat puasa, amik je sikit then buat dalam jag. Kalau nak jimat, boleh jeee... hahahahha.. *saya nak buat la nanti...

Dah.. terpanjang tersangat pulak!!!

Assalamualaikum WBT

p/s: tajuk tak boleh blah kan?
p/s: Tak kuasa letak gambarrr.. hahahaha

4 comments:

  1. Yusof taiyoobbb...haha. kelakar! Since past couple of months pun dah ada promosi buffet ramadhan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan!!! hahaha.. ada buffet ramadhan dah? tu nak suruh kita buat persiapan awal-awal lah tu.. sediakan duit untuk buffet... hahahahha

      Delete
  2. hotel pon akan start buat promo untuk buffet. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn... kena prepare nau nau ni... hahhaa..thanks komen..

      Delete