Nuffnang Ads

Monday, July 14, 2014

Aaron Aziz kecewa dengan PENCIPLAK BAJU MELAYU nya?

Assalamualaikum WBT,

Ni entry tambahan selepas membaca beberapa blog hiburan hebat di Malaysia ni lah, siapa lagi? *malas nak taip...

Ni sebelum apa-apa, meh kita ramai-ramai tengok gambar artis handsome, badan ketakan ini... jom...


 Handsome kan? Handsome lah.. siapa abang handsome ni? Aaron Aziz lahhh... haa. hero filem ni, *btw ladies, he is taken. Sorry. hahaha..

Takde-takde, saje... hehehe... then untuk entry kat blog tadi tu, Abang Aaron berasa sedikit kecewa sebab baju Melayu Aaron Aziz dan Zizan Razak telah DICIPLAK!!! haaa kau? Camne tu?? camni la uols semua, baju Melayu kat Jakel tu memang dah MURAH DAN CANTIK!!! saya berpeluang pergi kat Jakel Kuala Lumpur yang sibuk ditengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur tu last week. Ya ampun deknon!!!! memang lah kau takkan sehandsome Aaron Aziz or semancung hidung Zizan Razak tetapi, AURA tu tetap ada. Ada deknon, memang ada. HIjau yang si Aaron pakai ni memang cantik letops bagai sangat dah... hahahaha... cantik woiii..

Kalau korang lalu kat Jakel Kuala Lumpur tu, dorang tutup dah dengan kain rentang then at least takde laa panas sangat kan, dan di bawah kain rentang tu lah, baju berbillion-billion.. hehe. takde la berbillion, tapi banyak lah nak cakapnya. Dengan harga RM65?? kau nak dapat mana dek baju melayu sepasang RM65??? kat mana??? cuba cakap dengan saya, kalau tailor pun mahal, kat mana-mana pun tak jatuh dari harga RM100 untuk baju Melayu tu.. kau rasa?

Then, janganlah korang beli yang ciplak-ciplak ni, malu wehhh... lagipun RM65 tu dah memang murah sangat dah... tolonglah, kalau kata mahal, takyah la beli jenama yang Aaron Jakel lah... Zizan Jakel lah... JELEK sungguh dengarnya... jadi? kalau korang tetiba nak pergi ke KL or Shah Alam, then singgah la ke Jakel tu, spend la sikit untuk baju Melayu siap tuuu... takdelah mahal sangat deknon...

Jawapan Abang Aaron Aziz memang best, dia cakap "kalau kita nak berkerjasama, cakap, kita boleh berkerjasama,.." Maksudnya, penciplak di luar sana, jangan mengada nak guna nama dia sesuka hati. Memanglah baju melayu tu hak ramai, tapi nama dia Hak dia, kalau dia patenkan nama dia di baju Melayu tu, dengan tambahan ciri-ciri Aaron Aziz, maka paten tu lakuuuu... okay? Boleh?

So, ada sapa-sapa nak tiru baju Melayu artis ni????



eh, yang ni bukan Azwan Ali, ni Dame Edna..

Haaa? ada nak tiru baju Melayu Azwan Ali? kalau ada, kena hati-hati, takut kena selar dan lahar. kalau diri ilmu kebal 7 petala langit, okay lah... kalau setakat biasa-biasa je. jangan guna nama Azwan Ali okay, Tuhan sentiasa bersama dia. Katanyah!!

Assalamualaikum WBT...

p/s: dia blocked saya kat Twitter, so, ini adalah pendapat sendiri saya.. BOOM!

No comments:

Post a Comment