Nuffnang Ads

Friday, July 18, 2014

ARA Projects, Wish Me Luck!!!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Maaflah, memang saya jarang nau kira Ramadhan ni, bukan apa kalau tak kira, takde la rasa sangat yang kita berpuasa, lagipun, kenapa nak kira-kira kan? sama jugak. hehehe, itu pandangan saya lah pun, korang saya tak tau lah...

Baik, untuk Ramadhan ke 16, 17, 18, 19, saya takde apa sangat rasanya. Tambahan pulak, saya sibuk sekarang ni menjahit baju melayu dengan langsir rumah. Langsir biasa je, takde la cam langsir mahal tu kan, ala-ala vass vogue gitu, kita menjahit biasa-biasa je. hehehe..

lagipun, menjahit untuk keluarga sendiri je dulu, takut-takut ala scary merry lagi nak ambil tempahan. Jahitan tak perfect lagi, kan? hehe.. yang dah siap sekarang.



baju raya camni okay??? hahah

1. baju melayu teluk belanga berpesak ayah saya.
2. baju kurung mak saya.
3. jubah kanak-kanak anak sedara saya (Nadim)
4. jubah kanak-kanak anak sedara saya (Angah Akim)
5. jubah kanak-kanak anak sedara saya (Adik Wiwi)
6. jubah kanak-kanak anak sedara saya (Kakak)
7. maxi dress kanak-kanak Kakak
8. maxi dress kanak-kanak Wawa (anak sedara saya)

Nak dijahit...

1. baju melayu teluk belanga berpesak anak sedara saya (abang mok)
2. jubah saya
3. baju melayu teluk belanga berpesak abang kembar saya (consider sebab dia nak beli baju siap) haha..
4. Langsir rumah...
5. jubah dewasa akak saya (Ilyana)
6. jubah kanak-kanak anak sedara saya (Wawa)

Gila kan? Memang gilaaa pon... ni dok duduk kat kedai jahit je la sekarang ni sebab nak menyiapkan segalanya ni.. so memang sangat mengantuk wehhh.. tadi siap tertidur dekat kedai... letih sangat.. bebulan puasa ni memang dugaan kuat sangat... sabar je lah...

dah, nak sambung mana yang perlu..

Assalamualaikum WBT

p/s: wish me luck cause I really need it!

2 comments:

  1. Untungnya.....buatkan utk dania bleh? ? Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... takde la untung sangat.. ehehe..biasa-biasa je. Ha? untuk anak akak je? alar.. malu lah.. hehe..saya jahit takde la cantik sangat.. hehehe

      Delete