Nuffnang Ads

Friday, July 11, 2014

Baju Melayu Warisan Dunia.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar anda semua? Mesti sihat kan? Mesti perut terasa selesa setelah 13 hari Ramadhan, amin.

Baik, terpanggil rasanya saya nak menulis fasal ciplak-menciplak. Kononnya ada artis guna nama buat baju melayu, buat tudung bagai then bila nampak baju di pasar lambak menggunakan nama yang sama, MEREKA MELENTING.

Secara jujurnya, saya dah lama tak beli baju melayu di pasaran sebab bila dah tahu menjahit ni, saya lebih pakai baju sendiri pon, senang, selesa dan macam-macam boleh buat pon... hihu... labuci, manik 3 tan, boleh letak.

Then, berbalik kepada isu Copy Paste Patent, baik, memang ada betulnya mereka boleh melenting sebab itu nama mereka dan itu adalah perniagaan mereka, walaupun mereka berniaga guna nama,iya lah kan, nama mereka produk mereka. Tapi jangan pulak merampas rampasa seperti yang dibuat oleh tokey tudung tu, no no no!! bahaya, pendek rezeki uols... pendek rezeki... kena boikot nanti, baru tahu, saya tak pakai tudung, lagipun, kalau saya pakai tudung, takdenya nak pakai tudung pendek nampak buah dada, buat malu, hina agama terus semua berdosa, termasuk pereka, pembuat tudung tu, Layers banyak, malangnya, tudung pendek. Hurmmm...

Tapi tu lah, kepada peniaga di luar sana, saya menyeru kepada peminat-peminat Aaron Azizi dan Zizan Razak yang jutaan tu, beli je la rekaan original dengan Jakel tu, kalau korang peminat sejati, janganlah beli yang di pasar-pasar lambak tu, rugi la artis kesayangan korang kan? Tak gitu? Tapi jangan pulak Jakel gi rampas rekaan kononnya sama, ingat, baju Melayu bukan hak korang. Baju Melayu memang dah lama da dalam dunia ni, ia sebenarnya ada ciri Islam yang diubah dari jubah arab. Tak percaya? Cuba research sikit then tengok baju yang dikatakan baju kepada Nabi Muhammad dan juga puterinya.. meh tengok sini...



Tengok construction dari dikatakan Pakaian Nabi Muhammad tu, ada pesak bukan? (Pesak adalah kain yang dijahit di tepi badan), Ia seperti jubah lelaki sekarang, leher tu seolah-olah leher teluk belanga begitu juga bentuk leher baju yang dipakai oleh Puterinya. Dan disebabkan Nabi Muhammad menyukai warna putih, lapik dari bahu ke dada diletakkan di dalam supaya ia dapat menutup sedikit kulit badan.

Jadi, sebenarnya, apa yang kita ada sekarang ni seperti baju melayu, baju kurung ada warisan, ia menutup aurat, ia longgar dan ia tidak berlebih-lebihan.

Apa salahnya pakai baju kurung biasa or baju melayu teluk belanga, kan? oh! lupa, ada sapa-sapa patternkan baju ni? Takde kan? so, takyahla nak beria sangat pon...

Assalamualaikum WBT

p/s: Suka-sukakanlah pakai baju melayu or jubah. seronok dan selesa pon.

No comments:

Post a Comment