Nuffnang Ads

Friday, July 11, 2014

"Cantiknya mukaa.. apa rahsia?"

Assalamualaikum WBT,



Entry pendek sebelum pergi ke Masjid untuk Solat Jumaat.

Orang tanya,

"eh.. cantiknya muka awak, pakai apa? Cam lain la dari dulu, sekarang cam lebih bersih, pakai apa?"

Ala.. soalan macamni sebenarnya meminta kaki tangan saya sekali ni, hahaha... hello, takdenye lah nak buat pembedahan plastik or apa ke, cuma alhamdulillah, kulit saya amat mesra dengan Clean and Clear, for now saya guna Cleasing Clean and Clear dan untuk scrub, saya ada buat scrub sendiri based on information given on the internet.

Seriously, memang best, saya dah cuba dua kali, alhamdulillah, scrub tu bertindak seperti scrub lah, sungguh menyegarkan. Ia adalah gabungan Soda Bikarbonat dan Air Limau (limau nipis or lemon), tapi memang best, korang try la buat, sebijik limau/lemon dah boleh dapat banyak sangat dah. 1 biji limau/lemon tambah 1 botol kecil soda bikarbonat. Mixture ni dah dapat 3-4 kali gunaan dah, kalau guna sikit, lagi tahan lama. But kalau kering, tambahkan sedikit air limau je, senang.

Then, jangan lupa, kalau malam-malam, bersihkan muka dengan pencuci muka dan lepas cuci muka, guna tissue basah untuk bersihkan muka, kalau korang jenjalan pun, jangan lupa bawak tissue basah untuk lap muka, sebab banyak kotoran nanti. Kalau tak make up ini adalah jalan penyelesaian yang paling utama, kalau korang pakai makeup, takyah la kot... gitu...

Tapi iya, tissue basah memang penting sebenarnya, saya sentiasa ada tissue basah, senang. sejuk je kalau letakkan kat muka. Saya selalu guna Pureen Baby Wipes, wangi dan lembab. Love it.

Korang?

Assalamualaikum WBT

p/s: Jumaat kedua Ramadhan 1435.

2 comments:

  1. SA x pernah guna tisu basah kat muka...tp scrub yang Akmal ckp tu macam best je...mcm nak cuba jer...mana tau muka jadi lebih bersih kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa.. cuba la, kalau make up tu, cubalah guna tisu basah lah, in syaa Allah, bersih, then kalau yang scrub tu, in syaa Allah, bersih juga, tapi janganlah tekankan sangat semasa apply the scrub tu, rub macam layang,layang je, jangan tekan, takut habis rosak kulit muka.. hehehe.. selamat mencuba...

      Delete