Nuffnang Ads

Wednesday, July 2, 2014

Cerita Sikit-sikit dan Neelofa Sudah Bertudung.

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah, saya ucapkan syukur kepada Allah SWT sebab Ramadhan ini ramai artis Malaysia sudah membuat keputusan untuk berhijrah. Ramai yang sudah bertudung, syukur kepada Allah.

Bukan apa, sebagai seorang selebriti, tugasan anda adalah lebih daripada manusia biasa. Jikalau manusia biasa tidak bertudung, ia tetap berdosa, tapi jikalau selebriti tidak bertudung, ia sebenarnya lebih menambah dosa kepada orang ramai jugak. Jadi, kepada yang sudah bertudung, alhamdulillah, syukur sangat, walaupun saya tidak mengenali anda, tapi rasa syukur dan lega itu saya panjatkan kepada Allah. Semoga anda tetap dengan keputusan anda, susah dahulu, senang kemudian. Amin. 


Terbaru, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa binti Mohd Noor, yang telah membuat keputusan untuk berhijrah dan memakai tudung kepala. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT. Semoga penghijrahan ini dapat menarik ramai lagi peminat Neelofa untuk mengikut jejak Neelofa. Yang buruk jadikan sempadan, yang baik jadikan tauladan. 

Dan saya ada menonton satu cerita di TV3 kalau tak silap saya, ada Sheila Rusly dalam cerita tu, Ramadhan Jangan Pergi kalau tak silap saya. Okay lah, tapi iya la kan, nama pun berlakon dan nama pun pelakon kan? Cantik semua pakai tudung cerita tu, alangkah bagusnya kalau semua pakai tudung terus menerus kan? Cantik je.. sejuk je mata memandang.

Secara jujurnya, mutakhir ini kan panas, jadi, orang kata, pakai bertutup ni memanaskan. Sebenarnya anda silap, pakaian yang menutup seluruh badan ni takde la panas sangat pun, selain dapat melindungi kulit kita, kita juga dapat menutup aurat *khusus untuk kaum wanita. Lagipun, kalau anda cakap bertudung ni kolot, anda silap, berapa banyak fashion bertudung sekarang ni kan? Banyakkk woooo.. so, ia terletak kepada diri anda. hehe..

Dan, saya ada terdengar satu iklan di sebuah radio yang memang bersinar bak suria dan ada pesanan jangan membazir. Wow, mula-mula saya dengar okay, bagus, tapi bila fikir balik, kenapa buat such assumption kan? Kalau tak buat assumption tu takpe ke? Bukan apa, walaupun dalam iklan tu cakap wanita tu nak beli itu ini untuk berbuka, but in real life, buatkan wanita tu nak bersedekah apa yang dibelinya untuk sesiapa? Bukankah itu sudah menjadi kesalahan? Suka jump into conclusion kan? Conclusion yang tak best lak tu... 

Dah lah.. hehehe..

Assalamualaikum WBT

p/s: Masih tahan lagi ke???

No comments:

Post a Comment