Nuffnang Ads

Tuesday, July 1, 2014

Diari Ramadhan Akmal : 2nd Day, Part 2.

Assalamualaikum WBT,

Ni saya nak sambung Diari Ramadhan Akmal : 2nd Day, Part 1 yang semalam punya. Baik, kalau baca yang semalam, click sini. Korang akan tahu la ceritanya. 

Dan, tekaanku benar belaka, kenapa? sebab, balik-balik je sekolah semalam, adik Wiwi terus buka puasa. Boleh? hahaha.. budak tu memang, memula balik-balik dari sekolah semalam kemahen senyum, rasa cam takde apa-apa masalah, then saya pergi amik angah, then mak saya dah senyum dah, tengok-tengok, adik Wiwi sedang makan nasi goreng sahur punya. hahaha... rasa nak cubit2 je budak tu... sengal.

Then, angah turun ke dapur tengok adik wiwi tengah makan, dia cakap,

"eeeiiiii.. adik tak puasa, angah nak makan jugak lah!!".

saya cakap,

"jangan mengada angah... tampar kang".

Then angah pergi mandi bagai, main-main dan sampai je pukul 6 petang camtu, merengek dah! siap menangis jatuh air mata uols budak sekor tu... katanya,,

"Lapar wannn.. *mak saya".

Then ayah saya bawa abang dengan angah pergi bazaar, balik bazaar kemain gembira lagi... budak-budak. Budak camtu lah, kan? hahaha.. saya tak pernah dulu camtu.. eh? hahahaha..

korang? camne? Pernah tak menangis sebab terlampau lapar? Pernah?

Ramadhan ini saya memang cuba makan nasi sikit, saya cuba lebihkan makanan lain selain nasi, macam dada ayam, ayam, ikan, telur, maksudnya, amik protein je lah, moga-moga selain dapat menyihatkan tubuh badan untuk beribadat, dapat juga saya kurangkan berat badan. hehee..

Kepada sesiapa yang suka sangat minum air berkabonat untuk berbuka or memang suka sangat minum walau dimana anda berada, please, sila baca ini...


Assalamualaikum WBT


p/s: berbuka semalam makan ikan steam. nak recepi?

No comments:

Post a Comment