Nuffnang Ads

Thursday, July 3, 2014

Diari Ramadhan Akmal : 4th Day Ramadhan.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar di Ramadhan ke-5 ni? Sihat tak? sakit perut lagi ke? moga-moga tak sakit perut la dah kan? kalau sakit perut, amik wuduk then berbaring, in shaa Allah, mesti tertidur dan lupa bahawa yang awak tu tengah sakit perut. hehe.

Baik, untuk diari ramadhan semalam, hari ke empat, saya pergi ke Bazaar Ramadhan lagi, tapi kali ni bukan edisi bazaar ramadhan cuma nak cerita, kalau kita pergi ke bazaar ramadhan, janganlah ikut hati sangat dalam berbelanja, sebaliknya itu minda dan apa yang kita betul-betul nak makan, okay? Jangan ikut hati, kelak merana poket dan diri.

Baik, kita semua mesti ada sesuatu yang kita sendiri hendak makan, Kadang-kadang apa yang kita hendak makan memang mengarut lah, itu nak makan, ini nak makan, semua nak makan. Tengok tu, nak makan tu, tengok ini, nak makan ini, tengok kuih tu, nak makan. Itu semua nafsu makan di bulan Ramadhan, macam-macam sungguh. 

Ha... saya kalau ke Bazaar Ramadhan saya akan jalan dulu, then baru fikir benda nak beli. 1st jalan tu kita skimmed dlu, then baru bila dah skimmed kita akan fikir apa yang kita hendak beli, benda yang kita hendak rasa, benda yang kita nak makan. Tapi yang pasti, beli apa yang kita betul-betul hendak makan, betul-betul nak makan. Kalau setakat,

"eh, sedapnya yang tu, nak rasa lah..."

Nasihat saya, tak payah! jangan mengada. kalau setakat nak rasa-rasa, confirm tak makan, confirm! Jadi, belilah dengan hati dan minda, jangan ikut nafsu. Gitu,,okay?



Jadi, hendak dijadikan cerita, semalam saya beli sepotong tembikai RM3.00 dan Gulai Lemak Telur Ikan Jenahak Merah di Bazaar Ramadhan Dong, sedap nya wehh!!! rasanya hari nak makan tembikai lagi lah. 
 gambar ni saje je, saya tak makan pun

Ada orang cakap, tembikai ni makanan yang baik untuk badan di bulan puasa sebab ia mengandungi air yang banyak dan ia mampu untuk menahan kita daripada rasa dahaga. Memang nak beli lagi lah nanti, petang ni. Yes! Love it.

No comments:

Post a Comment