Nuffnang Ads

Tuesday, July 8, 2014

Diari Ramadhan Akmal : Hari 10, Bread Pudding dan Kastad Pudding.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar, masih berpuasa kan?

Baik, sedar tak sedar, hari ni dah hari ke-10 kita berpuasa. Banyakkan amalan kita sebenarnya selain menahan lapar dan dahaga? Itu kita nilai sendiri, kalau suruh orang lain yang nilaikan, takut dikeji dan dicacimaki lak kang, rugi je kita berpuasa kalau kita marah orang kan?

Sebenarnya, kita selalu cakap Ramadhan adalah medan untuk mendapatkan keampunan, kerahmatan dan pengampunan, ia sememangnya benar belaka, TETAPI, ada satu lagi medan yang sedikit lain di bulan Ramadhan ni. Bagi mereka yang memasak, ini adalah medan untuk mencuba memasak makanan.

Betul ke tidak? Kalau bulan tak puasa, sebanyak mana pun kita tengok resepi kat mana-mana, kita tetap rasa macam, 

"alaa.. makan telur dadar je la.. sedap sikit".

Then, tup tup, makan kat luar. Bayar je then kenyang kan?

Tapi hebatnya bulan Ramadhan ni, bagi mereka yang ada masa dan memang berminat untuk mencuba resepi memang menjadi medan yang hebat bagi mereka. Cuba masak,then jadi, kongsi rahsia menjadi kan? 

Tapi cuba-cuba jugak, tapi jangan sampai terlebih cuba. Rasa saya kan, setiap resepi dalam buku yang ada, kena letak portion untuk berapa orang, sesetengah buku ada, tapi rasanya kita kena letak untuk 1 orang, then multiply je la kan? hehehe.. senang. Kalau untuk 3 orang, darab ke tiga portion, senang kan?


So, korang ada cuba-cuba resepi baru tak? saya ada, tadi saya cuba masak puding kastad dan alhamdulillah, menjadi. Saya juga buat Bread Pudding dan alhamdulillah, menjadi jugakkk... rasa cam wahhh.. bestnya!!! Lovely.

Dah la, nak baring-baring jap..

Assalamualaikum WBT

p/s: hari tak terik, tapi panas. huwaaa...

No comments:

Post a Comment