Nuffnang Ads

Monday, July 14, 2014

Diari Ramadhan Akmal : Hari 14, 15 dan 15. hehe..

Asalamualaikum WBT,

Mintak maaflah sebab tak update blog, frozen jap... gitu, sibuk sikit, jahit baju itu ini, so, tu lah, internet lak cam buat hal, lagi lahhhh..

then untuk Ramadhan ke 14, saya takde apa-apa juga, cam biasa je...

Ramadhan ke 15, yakni semalam, hari Ahad kan? Bermula la bacaan doa Qunut dalam terawikh,. alhamdulillah, saya pergi semalam.. hehehe..untuk Ramadhan ke 15 ni saya masak satu masakan cendawan. Segala jenis cendawan di masak dengan daging yang diperap menggunakan minyak bijan. Sedap woiiii.. bawang putih banyak, lada sikit, memang terangkat.. terlajak sedap!!!

Ramadhan ke 16, hari ni. Hari saya potong baju jugak, jahit bagai, then tadi pergi Bandar Raub, ayah ajak, katanya nak pergi beli barangan untuk rumah, harus lah ikut, anak ayah dah emak, mestilah kena ikut.. hehehe.. beli banyak juga...

So, itu je lah... 

Dan, kita semua maklum, Palestine yang diserang Rejim Zionists yang sememangnya laknatullah. Sama-samalah kita berdoa agar Allah SWT hapuskan Askar Rejim Zionists dan semoga Allah SWT menambahkan ketakutkan kepada meraka supaya mereka tidak berasa senang hati. Ya Allah, Engkau kuatkanlah hati-hati pejuang agama Mu, Ya Allah, Engkau selamatkan penduduk Palestine, sesungguhnya Engkau lebih mengetahui. Amin.

Assalamualaikum WBT

p/s: Bantulah selagi yang termampu...amin.

No comments:

Post a Comment